Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, 1 May 2013

Kerah empat tulang


Entry pertama untuk bulan Mei.

Assalamualaikum. Sudah dua minggu aku cuti. Sungguh. Aku hanya terperam lama. Umpama ikan sardin di dalam tin tunggu masa untuk dimasak. Nak kata aku jadi suri rumah, macam pelik. Bantu umi abah pun boleh dibilang. Itupun bila disuruh baru dibuat. Betapa bertuahnya aku. Dikasihi. Disayangi.

Bila keluar rumah, kelihatan kiri dan kanan jalan dihiasi dengan bendera yang terpacak gah. Meriah. Berbagai-bagai warna. Hinggakan papan tanda ditutupi dengan bendera. Oh. Malaysia. Pergi sahaja kedai kopi, semua orang bagaikan pendebat hebat. Masing-masing punya alasan untuk berhujah.

Cumanya jangan setiap kata-kata kita disulami dengan fitnah. Bagaikan satu makanan bagi rakyat Malaysia menghentam orang tiada bukti. Lagi-lagi pilihan raya yang akan menjelma. Hendak tegakkan kebenaran perlulah ada pengetahuan dan bukti yang kukuh. Pastikan setiap kata-kata kita biar akal di hadapan mulut kita. Cakap guna akal, bukan ikut nafsu.

Tapi itu bukanlah perkara utama untuk aku sampaikan. Hayatilah..

------------------------------

Ibu bapa kita selalu pesan.

"Simpan duit baik-baik ye. Jangan beli bukan-bukan. Guna bila perlu."

Ayat itu selalu aku akan ingat setiap kali pulang ke kampus.

Abah : Duit ada lagi tak?

Aku : Ada.

Abah : Tinggal lagi berapa?

Aku : RM2.

Abah : cukup tak?

Aku : cukup. Nanti Din jimat.

Walaupun aku akan cakap sebegitu rupa, Abah tetap akan hulur duit.

Sekarang, aku tengah cuti sem. Sebulan setengah. Lama. Aku bertekad nak cari kerja.

Pusing-pusing punya lama di pekan Rengit, tiada kedai komputer. Aku cari kedai komputer untuk tingkatkan kefahaman aku tentang ilmu komputer. Akhirnya, aku jumpa. Tapi cyber cafe.

Aku : Salam kak. Lawa kedai. Akak owner?

Akak CC : Wasalam. eh tak. Owner dia tak datang. Kenapa ye.

Aku : Dekat sini ada kerja kosong?

Akak CC : Oh. Takde dik. Tapi bulan 9 nanti ada kosong. Boleh?

Aku : Erk. Takpela kak.

Hampa. Aku rasa banyak kedai aku pergi. Kedai buku. kedai komputer. Stesen minyak pun aku pergi. Semua tidak ada. Mungkin itu satu ujian untuk aku. Punyalah susah nak cari kerja kalau tidak ada kelulusan.

Hari bertemu hari. Bangun dari tidur, baca doa, menguap dan menghadap laptop. Itulah kerja aku. Kalau tak buka facebook, tekan new tab buka youtube tengok tutorial. Kalau dapat ilham, buka photoshop cuba design.

Terdetik di hati untuk tanya khabar sahabat baik aku. Namanya Amin. Dia pelawa aku kerja di kilang kakak dia. Kilang Wan Malinja. Keluaran bumiputra. Menghasilkan makanan sejuk beku. Wah! excited. First time dapat kerja.

Aku : Amin, esok nak kena pakai baju apa? Bekolar? Kasut?

Amin : haha. Kau pakai baju apa-apa pun tidak apa. Pakai selipar pun boleh. Nanti dia sediakan baju dan but.

Aku : Ada cuti?

Amin : Cuti hari Ahad saja.

Aku : Kat sana ada warga asing?

Amin : Most orang melayu.

Dan soalan terakhir...

Aku : Amin, gaji berapa?

Amin : hehehe.

Pagi-pagi lagi umi sudah gegarkan bilik. Akhirnya aku tumpas jua. Sejuk. Air membasahi badan di subuh hari. Segar.

Keluar bilik, umi ajak sarapan sebelum pergi kerja. ceh. pergi kerja. haha.

Untung sangat. Di kampus, tak kisah pun sebelum pergi kelas sarapan ke tak.  Di rumah, semua da tersedia. Ada juga pasang niat nak sambung belajar di UTHM sebab dekat dengan rumah. Tapi course aku ada ke?

Aku kena pergi awal. Takut terlambat. Aku kena jemput Amin sebab dia akan tunjukkan jalan. Maklumlah, first day masuk kerja. tapi, Perancangan Allah lagi terbaik. Aku datang lambat gara-gara aku sesat. huh. Nasib baik Amin back up. Yela. Kami dua-dua lambat atas alasan yang boleh diterima akal.

Hari pertama kerja. Aku seperti kaku melihat aksi-aksi pekerja lain. Laju. Mata fokus membuat kerja. Adakah aku bakal menjadi seperti mereka?

Aku ditempatkan di bahagian pembungkusan. Ok la. Tak penat sangat. Selepas zuhur, aku dan Amin ditugaskan melenyekkan ayam. Guna pisau leper. Penat? Of course. Aku tengok Amin, siap guna dua tangan lagi. Jangan marah Amin ^^V


Ayam sebelum disembelih

Setiap kilang ada target masing-masing untuk hasilkan produk. Dan aku masih lama untuk berkhidmat di kilang Malinja.

Baru aku mengerti, betapa susahnya mencari pendapatan. Esok kerja. Have fun :)