Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, 10 April 2013

dinner PERMAS


Bertemu kerana Allah. Berpisah kerana Allah. Antara golongan yang mendapat naungan Allah pada hari Akhirat. Begitulah cerita aku dan sahabat. Setiap pertemuan ada perpisahan.

Kini, hampir dua tahun aku di sini. Memperjuangkan apa yang kami mampu. Berusaha untuk melakukan yang terbaik. Bukan untuk diri kami, tetapi untuk umat Nabi Muhammad.

Kami seperti manusia yang lain. Ketawa, sedih, suka dan gembira. Tapi terdetik di hati kami untuk memberi suatu kelainan pada diri kami dan orang lain. Jangan menganggap kami seorang yang terlalu sempurna disebabkan kami mencebur diri dalam persatuan Islam. Dan jangan pula menganggap kami seperti titik hitam di atas kertas putih, hanya melihat keburukan bukan pada kebaikan.

Semoga makan malam menjadi bukti ukhwah kita bersama. Kepada akhi dan ukhti yang bakal grad, teruskan perjuangan antum di luar sana.

"Mungkin kalau kita tidak menerima apa jua ujian atau mehnah dan tribulasi, mungkin sebenarnya kita tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri

Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah sunnatullah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jemaah dan kenikmatan bersama jemaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.

“Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Keluarga PERMAS

MT PERMAS

adik-adik PERMAS

Kami sefikrah