Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Friday, 22 March 2013

Maaf, aku teguh dengan pendirianku.


Baju masuk ke dalam. Butang baju sampai atas. Pakai kasut. Pandang ke cermin. Lengkap. Mail melihat jam di sebelah tangan kanannya. Aduh. Sudah lewat lima minit.

Dia perlu cepat. Tidak mahu perkara sama berulang.

Hei! Yang kat bawah tu. Cepat sikit! Aku kira sampai tiga. Kalau lambat, aku denda!

Itulah yang akan kedengaran setiap kali kelas kokurikulum. Komander yang tegas. Semua orang pura-pura takut. Kelas yang bermula seawal pukul lima membuatkan Mail tergesa-gesa mempersiapkan diri dan menunaikan solat.

Mail : Allah. Kan molek cakap elok-elok. Andai Allah tarik nikmat suara baru tahu.

Mail mengeluh.

Hairan dengan suara yang menjerit-jerit sedangkan jarak bukanlah pada kadar yang jauh. Adakah mungkin mereka ada hak untuk bersuara sebegitu? Mail akur. Dia hanyalah seorang pelajar dan mereka seorang komander. Selama kelas kokurikulum berjalan dia harus mendengar arahan komander walaupun dalam keadaan keterpaksaan. Selagi mana tidak melanggar syarak.

Kom : Kenapa lambat?

Mail : Ada keperluan.

Kom : Minggu depan tiada alasan lagi. Last warning.

Mail : Ok.

Mail perlu tempuh aktiviti kokurikulum selama tiga sem. Dia perlu hadir kerana aktiviti kokurikulum termasuk dalam sukatan subjek dan tambahan bagi credit hour. Berpakaian t-shirt berwarna putih, pakai topi dan kasut hitam. Nerd. Tapi itulah peraturan juga disiplin.

Ilmu tentang perubatan menarik minat Mail untuk ambil subjek kokurikulum tersebut. Badan pertolongan cemas. Dia fikir, dia bukanlah seorang jurusan kedoktoran. Mungkin serba sebanyak yang dia belajar dalam kelas tersebut, dapat meningkatkan kefahaman dia terhadap ilmu bantuan kecemasan.


Cuma.....


Kom : pukul 6.30 nanti semua turun pergi ke dataran kawad!


Menjadi rutin selepas kelas akan ada kawad. Mail tidak minat. Lagi-lagi, berlatih kawad sampai terlajak masuk waktu maghrib. Memang tak masuk akal.

Sebelum kawad bermula, kebiasaannya akan ada pemeriksaan sahsiah rupa diri. Dari rambut hinggalah hujung kaki. 

Kom : Kenapa pakai baju tak pakai tshirt dalam?

Siswi : Lupa. Maaf komander.

Kom : Lupa lupa. Minggu depan semua siswi pakai tshirt dalam.  Tak segan ke dengan siswa?

Pemakaian siswi yang pada mata mereka agak sesuai telah mengubah persepsi mereka. Berpakaian tidak sempurna. Mereka tidak perasan, mereka hanyalah menjadi tatapan bagi segenap kaum lelaki.

Indah andai mereka dapat jaga aurat dengan sempurna. Berpakaian longgar. Tudung dilabuhkan. Tapi, memang sukar untuk diamalkan. Bukan untuk kaum Hawa sahaja. Begitu juga kaum Adam. Aurat suatu benda yang mahal. Umpama gula lolipop yang dibalut.

Komander itu periksa seorang demi seorang. Kini, giliran Mail....

Kom : Hmm.

Komander merenung dan melihat penampilan Mail dari atas sampailah ke bawah.

Kom : Kau lupa pesanan aku minggu lepas? Atau kau buat-buat lupa.

Mail : Maksudnya?

Kom : Kenapa kau susah sangat nak ikut arahan aku. Haa!

Mail : ...................

Mail diajar supaya tidak melawan. Jangan ajak berdebat. Dia hanya mendiamkan diri.

Kom : Aku suruh kau cukur janggut kan. Kau tak paham bahasa ke. Kau pernah baca hadis yang mengatakan perlu ikut arahan pemimpin?

Mail : ..............

Kom : Kau nak aku tolak markah kokurikulum kau. Jangan cabar aku.

Benar. Memang ada dalil yang mengatakan perlu ikut arahan pemimpin. Dan adakah perlu seorang pemimpin perlu bercakap sebegitu rupa. Mail bingung. Perlukah dia mengorbankan janggutnya hanya semata-masa kelas selama dua jam. Ya. Dia tahu. Menjaga penampilan suatu disiplin.

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Mail membisik dalam hatinya...

Mail : Maaf, aku teguh dengan pendirianku.

Komander itu bersuara depan khalayak orang ramai...

Kom : Aku nak ingatkan sekali lagi. Terutamanya kepada siswa. Mulai minggu depan, aku taknak ada sesiapa yang jadi kambing.

Mail terkejut. Geram. Kemarahannya semakin memuncak. Tangan digenggam sekuat-kuatnya. Dia istighfar banyak-banyak. Astaghfirullah.

Mail : Sabar Mail......

Selepas tamat kelas, Mail bergegas pulang ke bilik. Dia cuba menenangkan fikiran. Tiada siapa tahu betapa sakit hatinya. Ayat yang menggugat kesabarannya. Sampai sahaja di bilik, air matanya tumpas jua.

Mail : Ya Allah. Kau campakkanlah kasih sayang dan hidayah kepada mereka. Berilah kefahaman agama kepada mereka. Aku tidak pandai. Aku bukan mufti untuk menjatuhkan hukum. Kepadamu Ya Allah aku berserah.




Kalau diimbas kembali sejarah Islam terdahulu, tentera-tentera Islam membela janggut dan rambut mereka panjang sampai ke bahu. Bagi mereka yang agak berusia, diinaikan rambutnya bagi kelihatan muda. Tetapi sekarang, semuanya sudah  terbalik. Pihak berkuasa seperti polis dan tentera tidak dibenarkan membela janggut. Aneh. Misai dibenarkan.

Mail mengesat air matanya.

--------------------------------

Kini, Mail sudah meninggalkan dunia kokurikulum. Kisah lampau yang menguatkan dia untuk terus hidup berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Dia perlu menjadi seorang yang berpendirian. Bukan ego.

Dan...

Keputusan kokurikulum Mail tidak terjejas. Mampu mendapat keputusan yang cemerlang. Mail yakin bahawasanya manusia tidak mendatangkan mudarat.



Wahai lelaki,

Membela janggut satu sunnnah. Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.

Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.
Allahumma Solli Ala Muhammad.