Pernah tak mengalami situasi di mana akaun facebook korang di block oleh seseorang yang amat dikenali? Mesti masa tu macam-macam perasaan korang rasa. Bengang, sentap-menyentap, sedih, ataupun yang paling best, tak rasa apa-apa. Dalam situasi ini, for sure, ada 2 golongan yang terlibat iaitu orang yang memblock dan orang yang kena block. Bagi 'orang yang kena block', of course lah banyak soalan berlegar di celah tempurung kepala, lagi-lagi bila tak ada angin, tak ada tsunami, tau-tau korang dah kena block.
Wahai mereka yang berhati tisu, janganlah berduka lara jika ada kawan 'memblock' anda dari facebook mereka. Pasti ada sebab dan maksud tersirat di sebalik semua itu.
Apa pun, untuk meleraikan segala kekusutan, aku tolong list downkan jawapan kenapa korang kena block oleh "kawan-kawan" korang di Facebook.
1.Show off yang melampau di FB.
Maaflah ye. Mungkin kadang-kadang kita tak sedar dengan rasa ujub, bangga diri serta takabbur yang kita melampau, sampai orang lain muntah hijau setiap kali nampak nama kita di FB. Kalau korang ni jenis yang update status setiap saat, suka upload result exam yang gempak or tag orang kat korang punya latest gadget, jangan marahlah kalau ada kawan-kawan yang annoy korang balik secara senyap dengan memblock korang dari FB diorang.
2.Stalker yang tak berwibawa.
Bagi mereka yang kaki stalk page orang, please behave yourself. Be a professional stalker and do not mess around with your target. Kalau korang ni secret admirermor kekasih gelap orang yang korang nak stalk tu, stalk senyap-senyap sudahlah. Jangan buat orang menyampah dengan perangai korang yang suka menempel tak tentu pasal. Pastu kalau boleh, semua photos, status update or anything else yang kawan tu buat mesti korang nak komen. Its okay kalau korang nak jadi seorang 'kawan' yang alert. Tapi kalau every single things kat FB orang tu korang buat jejak, kan ke annoying namanya? Well, this is not a normal behaviour by a normal friend. You might be an obsess stalker yang ada kecelaruan minda yang melampau.So, ada paham kenapa korang kena block sekarang?
3.so called 'Karma'.
'Kau buat aku, aku pun buat kat kau balik'.
Cuba korang rewind balik sejarah lama. Pernah tak korang block orang yang korang tak suka? Kalau pernah, anggaplah semua ini sebagai bloody hell revenge yang tak berapa nak kejam oleh orang yang pernah korang block sebelum ni. Maybe orang yang block korang tu nak balas dendam atas perbuatan korang yang lepas tu.
So why bother if you've been blocked by the same person that you ever block before?
3.Block atas dasar insecure.
Tak semua orang yang kena block ni bersalah, annoying,and whatsoever. Sememangnya, aku amat bersimpati pada mereka yang menjadi mangsa keadaan dalam isu 'block memblock' ni. Biasalah kalau tetiba kawan yang berlainan jantina dan tidak mempunyai apa-apa masalah dengan korang memblock korang dari FB diorang dengan tidak semena-mena. Mungkin situasi ini boleh dijelaskan dalam dialog di bawah:
. . . .
via ym or pingchat whatsoever
Anuar : Kenapa kau block aku dari fb kau?
Salsabila : Mana ada. Kan kau baru komen kat page aku.
Anuar : Da takde da. kau dah block aku.
Salsabila : Owh. maybe abang aku kot yang tolong block kan untuk aku.
Anuar : Eh,kenapa?
Salsabila : Maybe dia sayang lebih kat aku.
Anuar : ok. fine.
Anuar has signed out of the chat
4.Dah mungkin dia nak anda pergi menghilang dari hidupnya.
Maybe tak payah nak cerita panjang-panjang. Ayat pasrah untuk korang adalah:
kalau orang dah tak suka nak buat macam mana.
Jadinya,kalau masih ada rasa nak sentap, silakanlah. Tapi jangan sentap lama-lama. Facebook ni cuma satu social networking yang buat dunia ni lebih transparent dengan konsep 'we share everything'.
Kalau kena block kat FB, tak bermakna kat real life pun kena block jugak (:
sigh*:It should be named as FAKEbook instead of Facebook..