Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.
Jangan mengeluh.
-----------------
melihat dialog kartun ni teringat pesanan abah semasa aku masih belajar di sekolah menengah.
Aku : Abah, din dapat wakil sekolah main bola sepak.
Abah : Oh.
Aku : Din nak beli kasut bola boleh bah?
Abah : Oh.
Aku : ???
Abah : Hah! ni cuti lama duduk rumah, ada bawak balik buku?
Aku : Ada. bawa buku geografi. yang lain ada kat hostel.
Aku : Seperti tiada harapan. harapan... harapan menjadi layu (bisik)
Seperti kebiasaan, Abah menghantar aku ke terminal Larkin untuk pulang ke hostel. Dari tingkatan satu lagi, aku dilatih untuk naik bas dari larkin ke Segamat. Tiba-tiba..
Abah : Abah boleh belikan. Tapi ada syarat, main jangan sampai lalai. Solat kena jaga. Belajar rajin-rajin. Nak dekat Spm nanti, berhenti main.
aku : haaaaa. Betul ke bah. Terima kasih bah. In Shaa Allah, din buat yang terbaik (:
Sejak dari hari itu, aku berlatih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tempat kesebalasan utama. Main main juga. Belajar jangan lupa. Solat jangan tinggal.
Geng! aku rindu sama kamu. Teringin nak main bola sama-sama.