Allahuakbar. Allahuakbar.
Kedengaran azan Asar berkumandang. Mail bersiap-siap ambil wudhu dan pergi ke masjid. Penat baru balik dari kelas diabaikan. Dia perlu segera asbab taknak masbuk lagi.
Mail dongak melihat langit. Oh, awan mendung. hujan mulai turun. risau. bimbang.
Baju di ampaian.
atau,
Solat berjemaah bersama imam.
Dia keliru. Tawakal. Hujan hanya makhluk. Dia meneruskan langkah menuju ke masjid. Redha.
Allahumma soiban nafi3a.
--------------------------------------
Manusia itu diberi pilihan dan dimudahkan. Semua pilihan telah di berikan kepada kita. Lalu bagaimana kita menjalaninya. Untuk itu, pilihlah yang terbaik di hati kita.
Tentukan langkah dan tujuan kita. Dan bertanyalah kepada waktu. Adakah aku akan menggapainya? Tentu setelah kita menunjukkan usaha kita.
Proses kehidupan itulah yang terpenting. Bagaimana kita menjalaninya dengan sebaik mungkin tanpa ada penyesalan di kemudian hari (:
“(iaitu) bagi siapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.”
[Surat At-Takwiir ayat : 28 - 29]
[Surat At-Takwiir ayat : 28 - 29]