Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, 20 February 2013

#wedding 1



DUA HARI SEBELUM KEJADIAN


umi : Din. Pergi kenduri kahwin kak Yong jumaat ni?

aku : In Shaa Allah. Tapi Din tak janji umi. Sebab ada kelas hari Jumaat. Lagipun ada assignment nak kena submit sebelum cuti.

umi : Oh. takpe-takpe. Settlekan mana-mana yang patut dulu. Utamakan pelajaran. Kalau dapat balik awal, datang la ok.

aku : Ok umi.



SATU HARI SEBELUM KEJADIAN


aku : Umi. Ada berita gembira. hehe. Cuba teka?

umi : kenapa? Cakap lah.

aku : Din hari Jumaat ni takde kelas. So, bolehlah datang kenduri kak Yong. tapi tiket tak beli lagi. Malam ni din tengok tiket pukul berapa ada.

umi : Wah. baguslah macam tu. nanti din cari tiket. jangan lewat sangat pulak sampai. nanti takde orang pulak nak ambil kamu kat TBS. masing-masing sibuk.

aku : Baik umi. hah! baju melayu din tak beli lagi. Malam ni din try cari.

umi : Kalau menyusahkan tidak mengapa. kamu pakai baju yang mana ada.

aku : Din cuba usahakan. kata nak seragam. hehe. warna kuning emas kan. nanti din carikan untuk zubair (adik) sekali.

umi : Ok. nanti kalau ada apa-apa masalah telefon umi balik. Umi risau kamu tu hah.

aku : Ok umi (:

-------------------------------------


Hari makin gelap. Aku  pinjam kereta kawan pecut pergi ke bandar dengan harapan ada tiket lagi. Lalu. Terdengar azan berkumandang. Aku memberhentikan kereta di stesen minyak asbab kawan aku yang ikut sekali puasa sunat. Beli makanan buka dan awesome melihatkan tangki minyak yang hampir kering.

Alhamdulillah! Nasib menyebalahi aku. tiket masih ada. Terigat yang aku tak beli lagi baju melayu. Cepat-cepat pergi UO melihat baju yang berkenan di hati.

Aku minat baju raihan. kenapa. Minat kumpulan nasyid raihan mungkin. Memang susah nak cari baju raihan yang tidak sekali dengan seluar. Dengan kepakaran ilmu asas jahitan yang pernah aku belajar subjek Kemahiran Bersepadu Tingkatan 3, aku memilih baju kemeja kain lembut warna plain. Baju raihan mana ada kolar. Konklusinya, aku kena buka kolar baju kemeja. Tapi sempat ke nak pergi kedai jahit buka kolar?

Hari suda lewat malam. Mandi. Tenangkan fikiran. Tiba-tiba teringat.....

Argghhhh. Kusut kusut. Assignment tak siap lagi. Jam menunjukkan pukul

 1.00 am

 2.00 am

 3.00 am

 4.30 am

Web page da berjaya buat.
Tapi. Report tak buat lagi. Cd tak burn lagi. Tidur kejap la. Mana tahu mata dapat segar balik.

kurkurkurkurkurkurkurkurkurkurkur.........

08.30 am !!

Oh dunia. Aku. Aku.  Aku hanya mampu termenung tentang masa depan ku. Assignmnet tak settle lagi. tiket bas lagi setengah jam. ambil wudhu solat qadha.

Cari no.telefon bas Cepat Ekspres kat belakang tiket.

Aku : Assalamualaikum. ni orang bas Cepat Eksperes?

CE : Wasalam. ye. boleh saya bantu?

Aku : Cik. Saya ada masalah.Tiket saya pukul 9 pagi. Jadinya saya ada masalah tak boleh naik bas time tu. Saya nak postpone tiket saya boleh?

CE : takboleh dik. Setiap pembelian takboleh ditukar balik. Harap maaf.

-----------------------------


Tiada pilihan. Assignment harus selesaikan dahulu. Terpaksa ambil risiko. Selamat tinggal bas . huuu.

Akhirnya siap juga assignment.

Berlari-lari hantar assignment. terus pergi terminal bas. yeah! tiket bas ada lagi. pukul 1.30 pm. aku rasa sedih sangat tak dapat solat jumaat pada hari itu. hmmm

Bagi mereka yang ingin bermusafir pada hari Jumaat bukan dengan niat untuk meremehkan solat Jumaat, tetapi dengan niat yang baik pula, maka ianya dibolehkan dan tidak termasuk di bawah janji buruk seperti yang terdapat di dalam hadith. (Silsilah Liqa'at al-Bab al-Maftuh, Bab Salah al-Jum`ah Li al-Musafir).





Sementara aku tunggu bas, aku cari kedai jahit. nak buka kolar baju kemeja punya pasal. pusing punya pusing, akhirnya jumpa.

aku : Assalamualaikum. Mak cik, tumpang tanya. saya nak minta tolong  bukakan kolar baju kemeja ni boleh. Saya nak ambil dalam setengah jam lagi.

makcik : Wasalam. Eh, baju baru lagi ni nak. Kenapa nak buka kolar. Kan elok baju ni siap ada kolar.

aku : Saya nak buat baju kemeja ni jadi baju raihan.

makcik : Oh. macam tu. Mak cik tak berapa tahu. Mak cik cuba. tapi hari ni mak cik tak sempat nak siapkan nak.

aku : takpe-takpe. Saya tahu. Sebelum ni, baju saya pun pernah buka kolar juga. Saya boleh tolong makcik bukakan kolar baju. cuma jahit guna mesin saya tak tahu.hehe

makcik : Baguslah macam tu. Senang kerja makcik (:

Makcik itu dapat siapkan dan buka kolar baju aku, taksampai setengah jam pun. Hebat. Lepas ni bolehlah aku ambil kursus pendek belajar menjahit. takpayah susah-susah nak pergi kedai jahit.


Pukul 1.30 pm

Lelapkan mata dalam bas. Bangun celik mata. Eh,sudah sampai. Nampak sangat penatnya.

Besarnya TBS. Bagi aku yang pertama kali sampai memang fact boleh sesat. Alhamdulillah, sebelum sampai lagi akak sedara da bagi map nak pergi mana. Dia tunggu kat lobi pintu 3. Ramainya orang kat sana.

Aku jumpa umi abah, adik-beradik dekat rumah sedara. Kiranya buat persiapan kat rumah dia. Mak cik ajak makan. Wahh! Dari pagi tak makan apa-apa. Nampak makanan terus bersinar.

Sebelum maghrib bertolak pergi Damansara. Abah kata, nanti jalan sesak. Maklumlah, cuti raya cina. Melayu, Cina, India semua nak balik. Untungnya jadi rakyat Malaysia. Semua perayaan dapat sambut. wakaka.

Nak dipendekkan cerita, kami sampai kat Dewan Komuniti Damansara selepas solat jama' taqdim kat masjid.



Kak yong buat wedding secara tertutup. Saudara-mara dan kawan-kawan yang terdekat. Majlis bermula selepas solat isya dengan menunggu ketibaan imam untuk melangsungkan akad nikah.  






aku teringat kata-kata Imam tersebut. Untuk mendirikan rumah tangga, pokoknya kena ada ilmu. Bukan setakat ilmu pelajaran tetapi ilmu agama. Hidup rumah tangga bukan sehari dua, tetapi hingga akhir hayat.

Imam tambah lagi, punca utama pasangan becerai-berai sekarang kerana tidak solat. Suami tidak pesan kepada isteri dan sebaliknya. Manalah rahmat Allah nak masuk dalam rumah. 

Majlis diteruskan dengan pembacaan doa.


Majlis akad nikah bermula.










dan seterusnya......


Ini goodies. Dalamnya ada pokok kaktus. 
Nanti sampai rumah boleh tanam . he he he

-------------------------------------------

Alhamdulillah. Majlis berlangsung dengan jayanya. Din doakan semoga kak Yong dan Abang Faiz menjadi suami isteri yang soleh dan solehah. Jadikan Nabi Muhammad dan Khadijah sebagai idola untuk membina masjid (:




Dan ini orang hanya merenenung masa hadapannya. huahuahua

nantikan #wedding 2.....