Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday 3 January 2017

Keluhan yang sia-sia


Seusai solat asar, si anak kecil berlari mendapatkan abahnya. Secara tidak sengaja, keluhan terbit pada bibirnya.
 
Anak : Abah, kenapa esok hari isnin? Kenapa hari-hari tidak boleh hari ahad?
 
Abah faham keluhan ini datangnya dengan keinginan, Dia tak nak nak ke sekolah.
 
Lalu, abah menjawab soalanku ini dengan jawapan yang sangat terkesan dalam diri ini.
 
Abah: Adik, nak dengar kisah segelas cawan yang dipenuhi dengan air?

------------------------------------

Cikgu: Murid-murid, setiap orang akan disediakan segelas cawan yang diisi dengan kandungan air yang berbeza-beza. Saya nak tanya, apa yang awak akan fikir dan jawab dengan gelas yang sedang awak semua pegang.
 
Pelajar 1: Mungkin jawapannya, berat air ni 20ml kerana beratnya berbeza-beza antara kami.
 
Pelajar 2: Saya juga begitu, jawapannya 40ml kerana kandungan air saya lebih banyak dari pelajar pertama.
 
Selepas pensyarah tersebut mendengar semua jawapan dari murid-muridnya. Lalu ia membuat kesimpulan.
 
Cikgu: Pelajar, kalau saya jadi kalian, saya tidak akan menyeksa diri saya dari memikirkan berat kandungan air itu. Tetapi saya akan memikirkan berapa lama saya memegang gelas tersebut. Lagi lama saya pegang, maka, lagi lama tangan saya sakit menanggung berat air tersebut.

----------------------------------

Abah: Dapat tak apa yang abah nak cuba sampaikan?
 
Adik: Tergamam dengan cerita abah.
 
Abah: Setiap cabaran yang kita lalui. Jangan difikir berpanjangan. Ambilnya sebagai positif. Jadikan ia sebagai satu persediaan yang Allah nak tunjuk untuk masa hadapan. Lagi lama adik letak perkara itu dalam fikiran, maka ia akan membebankan. Lepaskan masalah tu seperti lepaskan gelas tu dari genggaman. Maka kita tidak akan sakit.