Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday 10 January 2016

belajar kitab lama


Sungguh luas ilmu Allah. Jika di tangan kita ada kayu dan di celup di dalam air, akan ada titisan air. Sungguh ilmu kita setakat itu sahaja dan ilmu Allah ibarat seluas lautan.

Apabila miqdad duduk di dalam majlis ilmu, dia merasakan begitu terasing. Duduk bersama orang hebat dalam taman syurga.

Ustaz mengajar kitab lama. Tulisannya rapat-rapat, kecil pula dalam bahasa jawi. Miqdad duduk dan dengar dengan taat.

Dan orang alim itu bertanya,

Tupai boleh makan? 

Boleh. Jika tidak, tupai akan mati tidak makan.

Kita yang tidak boleh makan tupai.

Orang alim bertanya lagi,

anjing jilat kaki, perlu samak atau tidak? 

Tidak perlu samak. Sebab anjing jilat kaki dia.

Orang dunia apabila dengar akan perkara ini dia akan gila dan pening.