Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Thursday 28 January 2016

Banaras tanah gersang epd2


Move on. Mara ke hadapan melihat ummat. Ummat menderita. Diri ini  penuh zulumat tetap Allah  terima. Selagi hatinya ada kalimah tayyibah. Pelaku zina masih Allah ampunkan asbab ihsan kepada kucing. Imam ghazali memasuki syurga asbab bersifat ihsan terhadap lalat yang makan dakwatnya ketika mengarang kitab.

Dia pergi tanpa khabar berita. Pemergiannya tidak diketahui. Kerana kesudahannya pasti indah. Satu orang pelajar yang manfaatkan masa mudanya akan selamat dengan izin Allah di alam sana.  Satu orang isteri yang melepaskan suaminya untuk buat kerja agama akan dapat keyakinan seperti para sahabiah. Yakin, malaikat akan melindunginya. korbankan diri dan harta malah perasaan.  

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (surah at-Taubah : 41)

Dia perlu selesaikan beberapa perkara sebelum ke tanah hindi.  Dari segi persediaan diri dan keperluan yang hendak di bawa. Visa perlu dibuat sebab dia musafir bukan negara asia tenggara.

Segalanya dilepaskan. Kasih sayang keluarga. Gadget. Perit pengakhirannya manis. Lambaian anak muda kepada ibu bapanya bukan yang terakhir. Dalam hatinya ada harapan untuk berjumpa dengan mereka setelah pulang.

Kakinya kini di masjid sri petaling, KL. Dongak ke langit. Ya Rahman, dia bersyukur. Bukan kali pertama dia ke sini. Lautan manusia berjubah putih. Tawadhuk. Zuhud. Selama 10 hari dia iktikaf di masjid itu sebelum ke tanah hindi. Masjid yang hidup amal 24 jam. Sepertimana masjid nabawi. Dakwah, taklim, ibadat, khidmat. Di sana dia perlu bentuk jemaah dari Malaysia, uruskan tiket penerbangan, visa dan duduk bayan hidayat serta bayan feqah (permasalahan musafir). Jumpa manusia cerita tentang iman. Allah kholiq. Allah Malik. Allah Rozaq.

Eldest beritahu, sempurnakan amal sebelum ke sana. Dia jahil dan tetap akur. Jaga zikir. Jaga al-Quran. Jaga solat sunat.

Sedang duduk menunggu azan magrib,  berita baru dari kenyataan akhbar india mengatakan jemaah yang buat usaha agama di negara sekular, india tidak dibenarkan masuk.
Namun...

Tiket penerbangannya ke New Delhi esok hari.

Banyak korban banyak faham. Sikit korban sikit. Tidak korban tidak faham. Salah korban salah faham.

Semua baru bermula...

Banaras tanah gersang epd1

Banaras tanah gersang epd3