Miqdad meniti
jalan atas nama tuhannya . Allah S.W.T. Diwujudkan makhluk di atas muka bumi
untuk taat kepadaNya dan ikut cara Nabi Muhammad. Dia perlu belajar sesutu untuk
dirinya. Tidak mahu menghabiskan sisa kehidupannya dengan sesuatu yang sia.
Kerana kehidupan itu pendek. Akhirat itu
selamanya.
Keluarga benarkan
hasratnya. Manusia ini tekad untuk mencari sesuatu pada dirinya. Setiap manusia
ada benda yang berharga dalam dirinya. Kadang kita yang tidak nampak. Hanya lihat benda luaran bukan dalaman.
Tidak perlu
untuk beristikaharah sesuatu yang baik. Kau gila? Kerana perkara itu memang
Allah suka. Kenapa tidak belajar agama di Malaysia saja. Banyak daurah. Banyak
pondok. Banyak Ustaz yang mantap ilmunya. Kerana dia mahukan mujahadah.
Barangsiapa yang bermujahadah di jalan Allah, pasti Allah akan buka pintu
hidayah. Adapun bukan di kampung kita, pasti di kampung sebelah. Bermusafir ini
akan buka mata yang kabur.
Persiapan yang
dibuat tidak sehebat mana. Yang penting iman itu perlu diusahakan. Kerana kita
belajar agama untuk usahakan iman. Apabila iman hebat, perkara lain akan hebat.
Hebat sampai boleh hidupkan manusia yang mati? Usaha ini adalah
usaha pengorbanan.
Dia takut
suatu hari nanti dia akan tewas. Tewas kerana pekerjaan. Tewas kerana harta.
Tewas kerana wanita. Ini semua kerana iman
tidak diusahakan. Akan jadi mereka risau akan perut mereka. Tidak kisah makan
halal dan haram. Risau akan kebendaan dan sentiasa mengejar. Menjadikan wanita
kiblat mereka dan agama mereka adalah matawang.
Berhijrah
kerana Allah dan RasulNya, akan dapat Allah dan RasulNya. Berhijrah kerana
wanita untuk dikahwini, akan dapat. Berhijrah kerana dunia, akan dapat dunia.
Nawaitu setiap manusia. Berhijrah kerana Allah dan RasulNya akan disusuli
dengan perkara lain. Berjalan menuju Allah, Berlari Allah menuju hambaNya.
Satu ketika
Allah minta Jibrail untuk terbalikkan kampung itu. Jibrail kata, di kampung itu
ada orang soleh. Allah kata, kalau begitu azab dia dahulu. Dan baru kampung
seisinya. Kerana dia hanya beribadat dan tidak ada risau akan penduduk
kampungnya.
Dia mahu
belajar lagi dan lagi sampai dia tiada lagi. Dilahirkan dari tanah dan akan
dikembalikan ke tanah jua.
Dia cari
Allah dan dia gembira.
Banyak
korban banyak faham. Sikit korban sikit faham. Tidak korban tidak faham. Salah
korban salah faham.
Semuanya baru
bermula…..