Sanah helwah Prof Madya Dr. Halim Kadri!
Pada mulanya aku hanya kenal beliau sebagai seorang Timbalan Rektor HEP Uitm Johor sahaja. Tetapi kini banyak yang aku pelajari daripada beliau. Seorang yang rajin senyum. Berkongsi cerita. Suka memberi kata-kata semangat juga tazkirah.
Ingat lagi. Ketika berborak dengan beliau selepas program, banyak harapan yang beliau letakkan kepada kami (barisan pimpinan PERMAS).
"Semoga kamu semua dapat tarik ramai lagi student pelajar di UiTM Segamat datang kepada Allah. Balik semula kepada Allah. Persatuan kamu sudah dikenali. Advantage buat kamu semua."
Terima kasih Dr. Halim! Cukup bagi kami, orang lain menghargai usaha kami. Wasilah hanya menggerakkan. Bukan untuk dibangga. Takut-takut usaha kami tidak dipandang oleh Allah.
Aku yakin dan percaya, beliau mengimpikan suasana kampus yang ada biah solehah. Ramai yang tidak tahu, semasa pimpinannya beliau tidak membenarkan sebarang hiburan agak melampau ketika malam Pra-Graduasi. Teruskan usaha baik Dr.
Aku doakan Dr. Halim sentiasa berjaya dalam hidup. Di dunia mahupun di akhirat. Serta menjadi pemimpin yang hebat. Berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah.