Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday, 8 April 2014

Bila Allah mencintaimu


Bismillahirrahmanirrahim.

"Jikalau Allah itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu wahai Jibril si Fulan itu. Jibril lalu mencintainya. Kemudian ia mengundang kepada seluruh penghuni langit memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua wahai penghuni-penghuni langit si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu mencintainya. Setelah itu, diletakkanlah penerimaan baginya (kecintaan padanya) dalam kalangan penghuni bumi." 

(Hadis sahih daripada kitab Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi)


Dalam hadis ini, Rasulullah S.A.W. menceritakan bagaimana keadaan dan tanda Allah mencintai seseorang. Jadi kita sebagai hambaNya dianjurkan untuk berakhlak dan berusaha menjadi hamba yang dicintaiNya.

Hakikatnya, perasaan cinta itu sendiri adalah kurniaan Allah. Apabila Allah mencintai seseorang, dengan mudahnya Dia boleh menjadikan setiap yang berada di muka bumi ini turut mencintai si Fulan. Kehadirannya membawa rahmat bukan setakat kepada insan di sekelilingnya tapi buat seluruh alam. Mashaa Allah.

Marilah sama-sama kita perbaiki cinta kita kepada Allah dan berusaha untuk menjadi hamba yang dicintaiNya serta mencari wasilah mendekatiNya (taqarrub ilallah) dengan mencontohi Rasulullah s.a.w.

Moga Allah Redha.