Memang benar manusia hanya ada 24 jam dalam hidupnya. Dengan masa yang tuhan beri kepada kita ada kalanya kita beranggapan tidak cukup. Pepatah arab ada mengatakan masa itu lebih tajam daripada pedang. Kalau kita tidak memotongnya, pasti ia akan memotong kita.
Sebab itu kita kena banyak luang-luangkan masa. Masa ibarat seperti kita melintas jalan. Kalau kita lihat sahaja kereta dan tidak ada usaha untuk melintasnya, kereta yang sibuk seolah masa kita seakan pergi.
Aku pasti. Manusia tidak akan gagal sekiranya pandai menguruskan masa. Tapi. Untuk melakukannya pasti sukar. Sudah buat jadual siap tampal di dinding. Masih tidak berjaya untuk melakukannya. Mungkin tahap disiplin kita seolah bulu kapas berterbangan di bawa dek angin.
Semester ini, aku bersyukur kerana dapat bergandingan untuk melakukan gerak kerja bersama Ashraf Suhimi, Ridhwan Rashid dan Aminuddin Hashim. Sahabat aku dunia dan akhirat. Memasuki arena persatuan sememangnya memerlukan masa dan perancangan yang sistematik agar objektif persatuan dapat dicapai.
Sebagai seorang pemimpin perlu menjaga kebajikan anak buahnya. Itulah yang aku praktikkan dalam pimpinan yang ditempuhi. Sentiasa bersama-sama sahabat dan adik-adik agar mudah dan senang untuk melakukan gerak kerja. Kita akan tertekan apabila membuat gerak kerja seorang diri. Orang lain goyang kaki tapi kita gerakkan kaki ke sana sini. Pasangkan niat sentiasa husnudzon (bersangka baik) dan terima.
Perkara ini tidak akan terjadi sekiranya kita sentiasa mengambil tahu tugas yang diberikan.Orang melayu kata berat dipikul, ringan sama dipikul. Perpaduan antara ahli akan terbina dan membentuk sebuah barisan yang teratur seperti bangunan yang tersusun kukuh sebagaimana firman Allah Taala dalam surah As-Saff ayat yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"
Rasulullah SAW sewaktu mendirikan negara Islam pertama di Madinah dengan menitik berat soal ukhwah. Ini agenda awal yang baginda laksanakan ketika baginda tiba di Madinah, iaitu selepas mendirikan masjid Quba'. Baginda sedar ketika saat getir ini asas ukhwah mesti dieratkan antara Muhajirin dan Ansar, jika tidak akan ada golongan munafik yang akan menyusup masuk untuk membuat kerja baginda SAW di Madinah.
Kerana itu untuk membentuk ukhwah dalam kalangan ahli ialah perlu memperbetulkan nawaitu, berbaik sangka antara ahli, sifat meraikan ahli sewaktu memberi cadangan dan lahirkan sifat kasih. In Shaa Allah.
“Apabila perpaduan dan pertalian ukhuwwah itu lemah, maka akan berlakulah pertelingkahan dan perpecahan yang akhirnya melemahkan ummah".
Aku mohon sangat-sangat perkara ini tidak tidak terjadi. Ukhwah itu manis. Aku tertarik dengan doa Rabitah. Doa Rabitah boleh dijumpai di kitab al-Ma'thurat oleh Imam Hasan al-Bana. Doa ini adalah doa pengikat kasih sayang. Kita boleh amalkan agar menjadi pengikat hati, menyatupadukan ikatan silaturrahim antara kita dengan sahabat dalam ukhwah. Agar sama-sama hebat berjuang di jalan Allah SWT.
Setiap kali menyebut perkataan 'hati-hati' atau 'hati' dalam doa Rabitah, pejamkan mata seketika dan bayangkan wajah sahabat kita. Pastikan di samping doa rabitah ini, mohon juga yang terbaik untuk masa depan dan agama kita. Dengan izin Allah, jika kasih kita bersamanya yang terbaik, Dia akan izinkan dan mudahkan.
Aku dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada sahabat sekiranya dalam pimpinan untuk semester ini, terhadap cacat cela yang aku terlepas pandang. Mungkin aku tidak dapat memuaskan hati semua orang. Yang penting aku bersyukur dan gembira kerana dapat menjalankan amanah ini bersama sahabat seperjungan dan adik-adik yang sentiasa bersama.
PERMAS sentiasa dihati. Allahuakbar.