Pandai pakcik buat kelakar. Hendak tahu kisah selanjutnya boleh tonton sendiri ye.
---------------------------------------
Boleh ke kita layan dan buat lawak. dan orang lain ketawa terbahak-bahak?
Boleh ke kita layan dan buat lawak. dan orang lain ketawa terbahak-bahak?
Ada orang tanya :
sumber :
http://ustazlove.com/blog/2011/06/soal-jawab-hukum-komedi-melawak-buat-lawak/#ixzz28SIKbk00
“ustaz, nak mintak pandangan ustaz pasal hukum komedi,lawak,buat lawak dlm islam . sebab sy selalu dengar my mum ckp , hukumnya haram sebab melalaikan and nabi muhammad SAW tak pernah gelak-gelak macam yg kita gelak-gelak tu, paling banyak pun baginda senyum sampai nampak gigi saja.mohon komen Ustaz. syukran“
Sebenarnya, hukum melawak, buat komedi, bergelak dan bergembira ini adalah harus. Ianya memang menjadi fitrah manusia.. tanpa sifat humor, seseorang itu bakal menjadi seorang yang sangat membosankan. Sebab itu, ramai yang suka menjadi pelawak, tak kira la lawak tu menjadi ke, tak jadi ke, lawak bodoh ke . yang penting, bila orang yang diceritakan lawak itu gembira dan suka dengan lawak yang dilakukan, ianya menjadi suatu kepuasan bagi seseorang yang membuat lawak.
Dengan melawak, bukan saja boleh menggembirakan hati, bahkan bisa mengubat hati yang sedang lara. Bahkan ada pepatah Inggeris yang mengatakan “Laughter is the best medicine”.. ianya bukan dalil, sebaliknya ianya relevan dengan situasi berlawak ini.
Islam merupakan agama yang harmoni. Ada masanya perlu bersedih, ada masanya perlu marah, ada masa perlu gembira, senyum, gelak dsb. Bukanlah agama Islam ni agama yang serius . kena berkerut setiap masa. kena serius sentiasa.
Sebab itu perlakuan Nabi s.a.w. sangat wajar diteliti kerana Nabi s.a.w. adalah seorang manusia yang paling bertakwa kepada Allah, tetapi Baginda juga merupakan seorang manusia yang sangat menyenangkan hati kawan dan lawan. Nabi s.a.w. akan serius pada tempatnya, dan juga ada masanya Baginda membuat lawak, ada masanya Baginda akan tersenyum dengan lawak para sahabat.
Cuma, seperti biasa, perkara harus ini, jika dilakukan berlebih-lebihan dan melampaui batas, boleh menyebabkan ianya menjadi haram.
1. Lawak yang menghina sifat manusia.
Kebiasaan lawak orang kita, suka merendah-rendahkan dan menghina sifat manusia yang secara tak langsung menghina ciptaan Allah. Banyak contohnya seperti tajuk drama Halimah Jongang, Fatimah Juling dsb.. juga menjadikan sifat-sifat manusia yang agak kurang sempurna sebagai ejekan seperti tempang, gemuk, hitam, rongak, ketiak berkerak dsb.
2. Lawak Penyerupaan Jantina.
Islam melarang lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya. Penyerupaan ini termasuklah seorang lelaki membuat suara wanita, memakai pakaian wanita, membuat lenggok wanita (spt pondan), memakai perhiasan wanita (subang, gelang, rantai) dsb.
3. Lawak Yang Menyentuh Sensitiviti Agama.
Lawak juga boleh menjadi medium penyampai kepada masyarakat.. lawak-lawak yang mempertikaikan kredibiliti para mufti, fatwa-fatwa, syariat Islam dsb adalah dilarang dan amat berbahaya. kerana ianya boleh menyebabkan akidah rosak kerana mempermain-mainkan hukum agama.
4. Lawak Tak Kena Tempat.
Dalam melawak pun, perlu berhikmah. Kena tengok suasana. Sekalipun kita seorang yang sangat kelakar dan hensem plak tu, sekiranya suasana itu memerlukan kita untuk bersedih dan bersimpati, maka kita kena ikut suasana tersebut. Contohnya suasana dalam majlis pengebumian, tatkala para waris bersedih dengan kematian ahli keluarga, jangan la plak kita membuat lawak yang boleh menyinggung perasaan mereka. Sekalipun waktu itu kena melakukan sesuatu supaya mereka tak melayan sangat perasaan sedih, tetapi ada baiknya kita memberikan khabar-khabar gembira berkenaan syurga dan pahala.
Bagi yang mendengar lawak juga, seboleh-bolehnya kawal suara gelak. Jangan sampai gelak mengilai-gilai macam orang kena rasuk, ataupun gelak berdekah-dekah sampai tergolek-golek. Sekalipun gelak itu dibenarkan, namun kita masih lagi tertakluk dengan adab dan akhlak Islam. Gelak-gelak yang melampau boleh menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Muslim. Kecualilah kalau kita gelak dalam bilik.
Namun begitu, dalam bergelak ketawa, kita jangan lupa menangis. Menangis memohon keampunan kepada Allah di malam hari, kerana mungkin di siang hari kita banyak bergelak dan menggelakkan orang sehingga tak perasan kita dah mengguris hati orang lain.
Sudah tentu senyum itu lebih baik berbanding gelak. Namun, jika tak dapat nak tahan , maka kena kawal gelak tu supaya lebih berpada-pada. Kita ini cuma manusia biasa.. tak mampu nak mengikuti kesemuanya, namun kita masih punya usaha dan ikhtiar.
semoga ianya memberi manfaat :)
semoga ianya memberi manfaat :)
sumber :
http://ustazlove.com/blog/2011/06/soal-jawab-hukum-komedi-melawak-buat-lawak/#ixzz28SIKbk00