Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday, 14 October 2012

kita ada peneman


Surat Untuk Awak : 

Awak, zaman sekarang ni bukan kehebatan kita dalam 'martial arts' yang dipandang. Tetapi kehebatan kita menjaga hubungan dengan Allah, menjaga iman, menjaga nafsu tu yang paling penting. Mesti awak tertanya-tanya apa kaitan 
'martial arts' dengan iman, nafsu ni semua...



Zaman sekarang ni, kalau kita tak kuat, senang sangat kita nak terjebak dengan benda merepek-repek itu. Cuba bayangkan, kalau orang itu iman dia macam biskut, mesti dia senang sangat nak jadi jahat. Sebab itu kita kena pelihara iman kita.

Kalau hubungan kita dengan Allah kuat, iman kita pun jadi kuat, InsyaAllah yang lain pun jadi kuat. Cuba tengok sahabat--sahabat Rasulullah SAW. Hubungan mereka sangat kuat kepada Allah. Jika sebelum islam mereka menentang Rasulullah, tetapi setelah mereka memeluk islam kerana mencari redha Allah, mereka sanggup tinggalkan keluarga, harta demi ikut baginda berhijrah ke Madinah. Tiada satu pun yang menghalang mereka untuk tidak ikut berhijrah.

Tapi sekarang, zaman seakan berubah, seakan dah macam zaman jahiliyah semula. Kalau ada orang tu "Baik in terms of Allah and Rasul", mesti orang pandang pelik pada dia. Jika pakai kopiah di anggap jumud dan tidak maju. Pakai baju jubah di anggap tidak pandai bergaya dan berfesyen 'basi'. Maksudnya sekarang, maksiat tu sangat berleluasa. Tak kisah la di ceruk mana pun.

Sehinggakan yang baik itu tampak jadi asing, yang dedah aurat, gaul bebas, zina dan arak jadi perkara biasa. Jadi, apa yang boleh tolong kita nak 'counter' maksiat ni, bukannya 'martial arts' yang berbunga-bunga tu yang penting untuk selamat kita dari bencana akhlak dan iman tu, tetapi hubungan kita dengan Allah dan juga iman kita.

So, lets be a better person together! Ingat tau awak, sekarang ni bukan zaman bersilat lagi dah, tetapi zaman mengukuhkan iman kita supaya kita tidak terjerumus sekali ke dalam lembah kemaksiatan.

Saya rasa setakat ini dahulu surat saya untuk awak. Saya tulis surat ini sebab saya nak masuk Jannah dengan awak. Kita kena saling mengingatkan kerana manusia itu sifatnya mudah lupa. Ukhwah fillah.



---------------------------------------------------------


ALLAH ADA BERSAMA KITA :)

Dalam hidup ini Tiada siapa yang mampu mencintai kita sepertimana ALLAH mencintai kita.

ALLAH mencipta kita dengan penuh rasa cinta, Lihat sahajalah bagaimana ALLAH menyayangi kita, Dia sentiasa ada bersama kita.

Dia selalu sahaja bersedia untuk mendengar masalah kita, Dia tidak pernah bosan memperkenankan doa kita, Dia juga yang tidak pernah jemu membantu kita da
lam kesusahan.

Bila tiada sesiapa memahami kita, ALLAH ada untuk memahami dan memujuki hati kita.

Bila tiada sesiapa mahu mendengar kata hati kita, ALLAH tetap setia mendengar setiap keluhan yang terlahir dari jiwa kita.

Bila tiada sesiapa lagi yang ada dengan kita ALLAH ada untuk menemani kita..

“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya ALLAH ada bersama kita” :)