DUA MINGGU SEBELUM ITU
Kelihatan Mail sedang merenung jauh ke luar jendela. Tiada apa-apa. Roomatenya semua hilang entah ke mana. Hanya pokok-pokok yang tersergam indah menjadi penemannya. Bingung seketika untuk membuat latihan Calculus.
Mail : Ya Allah! kenapa kau wujudkan kesukaran dalam diriku ini. Bantulah hambamu. Aku lemah.
Dia menyandar. Cuba memejam mata. Bangkit lalu pergi ke mesin water cooler. Dia tidak minum. Menadah tangan lalu membasuh mukanya.
Mail : Sejuknya. huhu. Alang-alang sudah basuh muka, baik aku ambil wudu'. Lagi bagus.
Mail : Tapi takkan la dekat mesin ni. Teruk nampak.
Dia mengorak langkah pergi ke tandas. Bermula dengan berkumur sehinggalah membasuh kaki. Setiap anggota wudu'nya dibasuh dan disapu dengan rata dan lembut. Segar! Mail pulang ke bilik semula. Dia membelek setiap helaian demi helaian muka surat. Jurus kemudian telefon bimbitnya muncul disebalik helaian muka surat tersebut. Diabaikannya. Dia meneruskan perjuangannya. huh. Semakin dibiarkan, semakin kuat untuk dia menggapai telefon bimbitnya.
Mail : hmm. Awat hati aku ni meronta ronta. Sabarlah wahai hati.
Berusaha untuk mengawal hati dan perasaan. Dia mengambil ear-phone lalu memasang lagu instrumental. Tenang. Tapi ketenangan lagu tersebut tidak dapat menandingi perasaannya. Dia lemah. Akur. Dia menggapai telefon bimbit lalu memulakan ayat mukadimahnya.
"Assalamualaikum. apa khabar iman?"
Lama dia menunggu. Mungkin dia tidak sudi untuk membalas. Redha berbaur pasrah. Dia meneruskan membuat latihan.
"Waalaikumussalamwarahmatullah. Alhamdulillah."
Akhirnya.
"Safiyyah balik minggu ni?"
"InsyaAllah. Safiyyah balik minggu ni. Kamu takde kelas ke? "
"Ada. petang pukul 2. Lama lagi. Kamu sekarang ada kelas ke? Maaf maaf mengganggu."
"takde. Em. Safiyyah nak beritahu kamu sesuatu dan nak bertanyakan pendapat kamu boleh?"
"Tanyalah. Sila sila."
"Tapi harap kamu jangan tersinggung ye. "
"InsyaALLAH. Tidak. Ceritalah. "
"Tapi harap kamu jangan tersinggung ye. "
"InsyaALLAH. Tidak. Ceritalah. "
"Macam ni. Hari tu keluarga Safiyyah ada buat sedikit perbicangan tentang beberapa isu. Banyak yang kami bincangkan. Apa yang berlaku sekarang, termasuklah sms dengan lelaki ajnabi. Jadi kami bincang-bincang dan keluarkan hadis semua. Maka salah seorang daripada kami mengeluarkan sesuatu kata putus. Perempuan yang ber'sms' dengan lelaki bukan dengan 3 perkara iaitu DAKWAH, PENDIDIKAN dan JUAL BELI, maka perempuan itu tiada maruah. Safiyyah rasa, Safiyyah sudah tergolong dalam kategori perempuan macam itu?"
"Allah. Mengikut kefahaman saya selama saya hidup ni, perempuan dan lelaki yang bukan mahram memang haram berhubung jika perbualannya menjurus kepada kemaksiatan. Safiyyah, saya rasa kamu kena tahu satu perkara. Pokoknya sekarang, ianya bersoal dengan hati. Sebab hati yang conduct semua perkara. Kalau nak dibandingkan hati dan akal, hati lagi hebat. Safiyyah, maruah perempuan terletak dimana? Sms? Kata-kata? Perbuatan? "
Akal yang mengatasi Nafsu adalah Akal yang Hebat. Akal yang diatasi oleh nafsu adalah akal yang lemah sehingga boleh menyebabkan manusia bertindak seperti haiwan yang hanya bernafsu.
"Jadi, apa yang kita buat ni salah kan? Ya Allah, saya dah pening fikir benda ni."
"Saya ada buat Safiyyah tersesat ke? Saya ada buat Safiyyah sampai terkena zina hati ke? Saya ada buat Safiyyah sampai teringat-ingat kat saya ke? "
"Tak tahu. Demi Allah, Safiyyah tak pernah sms dengan lelaki dan berkawan dengan lelaki. kenapa Allah uji Safiyyah, tiba-tiba kamu yang ber'sms' dengan Safiyyah. kamu seorang sahaja. Jadi Safiyyah rasa serba salah. Apa Safiyyah nak buat? "
"Saya undur diri dahulu. Saya berdosa terhadap kamu. Yang halal itu jelas. Yang haram itu jelas. Bila saya ter'lihat'kan kamu, saya rasa Allah berikan petunjuk. "
"Safiyyah minta maaf. Safiyyah tahu kamu marah. Safiyyah tak faham, apa yang Allah beri petunjuk pada kamu. Kalau kamu lihat Safiyyah, Safiyyah ni tiada apa-apa. Insan yang selalu buat dosa. Kamu buat saya serba salah. Assalamualaikum"
" Salam"
Mail tersentap. Hanya selawat membasahi bibirnya. Dia bukan tuhan untuk mengatur segalanya. Ada betul kata-katanya.
Dia tutup buku. Mempersiapkan diri menunggu azan Zuhur. Hanya solat dapat memenangkan jiwa.
------------------------------------------
Langkahnya ke hadapan. Matanya cepat-cepat dialihkan.
Bersambung ...
Dia tutup buku. Mempersiapkan diri menunggu azan Zuhur. Hanya solat dapat memenangkan jiwa.
------------------------------------------
Langkahnya ke hadapan. Matanya cepat-cepat dialihkan.
Bersambung ...