Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday 16 September 2012

INDAH ITU CANTIK [e.2]


Mail menyarungkan kakinya dengan sandle. Kelihatan kelibat Firdaus yang baru sahaja sama-sama mengerjakan solat isya'.

Mail : Daus! kau free tak malam ni?

Firdaus : Kenapa Mail?

Mail : hah! aku ada berita gembira. nak dengar?

Firdaus : apa dia. apa dia. excited aku nak dengar ni.

Mail :  Aku ingatkan nak ajak kau pergi dengar ceramah sat lagi. tak bayar wei. free.

Telefon berdering..

Firdaus : erk. Mail. kawan aku ajak main futsal la malam ni. sori ea.

Mail : Ouh yeke. takpela. it's ok.

---------------------------------

Mail merenung dirinya.

Mail : hmm. Aku kena tukar pakaian ni. Kalau aku still pakai jubah putih ni sampai dataran, memang jadi perhatian orang ramai la jawabnya.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

(H.R. Muslim)

Mail pulang ke kolej untuk menukar pakaian. Baju melayu menjadi pilihannya. Dia perlu segera. Takut-takut terlepas untuk dia mendengar ceramah dari ustaz sekolahnya dahulu.

-----------------------------------

Tapak demi tapak. Langkah demi langkah. Terdetik hati Mail untuk jalan tempat yang agak ramai orang. Melihatkan ramai siswa siswi yang sedang khusyuk belajar. Lagi-lagi sekarang ni dalam mood final exam.

Semua bertungkus lumus nak dapatkan pointer yang terbaik. Yang menjadi kemusykilan Mail, ramai kawan-kawannya yang rajin belajar bagai nak rak tapi bila time azan, bagaikan angin sepoi-sepoi sahaja singgah di telinga mereka.

Mail : takpela. Bersangka baik. Allah lagi mengetahui. Kadang-kadang aku pun sama.

Mail menuruni tangga. Jarak perjalanannya semakin menghampiri ke dataran. Kedengaran sayup-sayup suara dari dataran. Mungkin ceramah sudah bermula. Telefon bimbitnya bergegar.



1 MESSAGE RECEIVED. PRIVATE NUMBER.


SALAM SAUDARA,

 “ALLAH AKU CINTAI KAU DAN AKU PERLUKAN KAU…DATANGLAH KE HATIKU…”" KIRIM PADA 10 ORANG DAN LIHAT KEAJAIBAN MALAM INI, TOLONG JANGAN DELETE. IA BENAR2 TERJADI. INI SMS DARI IBU ALI SAID-JURU KUNCI SAYYIDA MAKKAH YANG BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW. BELIAU BERPESAN: KUATKAN AQIDAH DALAM IBADAH KERANA DUNIA INI SUDAH GOYAH DAN TUA. SEBARKAN SMS INI KE 10 MUSLIM INSYALLAH DLM WAKTU 10 HARI AKAN DAPAT REZEKI BESAR DAN JIKA TIDAK DISEBAR TUNGGULAH KESULITAN YANG TIADA HENTI”



Mail : Mesej apa ni?  Kalau aku tak forward, aku kena musibah? Mesti mesej berantai. hmm


perkara seperti ini dikenali sebagai surat berantai, sebelum orang menggunakan sms mereka menggunakan surat, lalu disuruh fotostat kepada 10 orang, jika dilakukan akan mendapat manfaat, jika tidak lakukan akan berlaku sesuatu mudarat kepada tuannya.


Perkara seperti ini Khurafat bahkan boleh membawa kepada syirik kepada Allah s.w.t. Oleh kerana ianya rekaan manusia maka terdapat perbezaan pada isi kandungan surat ini, cumanya yang sama ialah sebarkan kepada 10 orang ….



surat seperti ini seolah-olah orang yang menyebarkannya mengetahui benda yang ghaib, maka ini merupakan kesesatan yang nyata.



maka penghantaran sms seperti ini HARAM kerana sebab-sebab yang telah dinyatakan. sesungguhnya perbuatan menggalakkan orang untuk melakukan kebaikan merupakan perkara yang disuruh oleh Agama, tetapi hendaklah caranya juga betul dan tidak bercanggah dengan syariat. Nauzubillah .



Mail : Abaikan je la.

Dia meneruskan langkah. Matanya teralih pada suatu tempat.

Mail : SubhanALLAH.

Bersambung ...