Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday, 21 August 2012

RayaDeka


Seluruh umat Islam di dunia ini pasti dan pasti
bergembira menyambut hari raya.
kerana meraikan kemenangan umat Islam
yang berpuasa selama sebulan dan
menahan nafsu nafsu sarakah.

Begitu juga dengan aku.
keriangannya pasti terasa apabila
dapat berpuasa sebulan. Penuh tanpa cuti.
Bertambah indah dengan kehadiran
sedara mara semua pulang ke kampung halaman.
Berjumpa sekian lama tidak bersua.
Menganyam ketupat dan memasak rendang bersama-sama.
Bermain bunga api bersama-sama.
seronok sangat.
tapi itu semua pada zaman keanak-anakan.
sekarang semua sudah besar. sudah tidah main bunga api lagi.
Tapi..
main mercun bunga api 'MERDEKA' pula.

kaboooommm!

Sekarang suasananya sudah tidak berapa meriah.
masing-masing punyai keluarga sendiri.
tapi tidak bermakna suasana hari raya sudah hilang.
kita yang kena cari jalan untuk mewujudkan suasana hari raya.
Bermula dengan sarapan, solat hari raya,
bermaaf-maafan dengan keluarga
dan mengunjungi sanak-saudara.

Semasa sessi bermaaf-maafan dengan keluarga,
aku terkedu untuk megeluarkan kata-kata yang ada di fikiran.
lebih-lebih lagi dengan umi abah.
lupa hendak menghafal skrip.
hanya mampu tersenyum.
bermaaf maafan bukan sahaja pada hari pertama
pada bulan syawal sahaja.
tetapi selalu, sentiasa dan istiqomah :)

… dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah),
 Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
 (Aali Imraan (3) : 134)

Di Indonesia, mereka hanya sambut hari raya
pada satu syawal sahaja.
pada keesokan dan hari seterusnya seperti hari-hari biasa..
Tetapi..
kita di Malaysia lain pula kisahnya.
dari satu Syawal sampailah 30 Syawal masih meriah.
Hinggakan masuk bulan Zulkaedah masih merasai hangat hari raya.
Meriah dengan menziarahi, bermarhaban.
memang seronok.
dan ada peluang untuk adik-adik
mengutip duit raya.
boleh simpan duitnya dalam tabung haji ye :)

Bulan Syawal adalah bulan kesyukuran.
Sambutlah ia dengan penuh kesederhanaan.
kenapa aku letak tajuk ' RayaDeka'?
Maksudnya Raya Merdeka.
hari kemerdekaan semakin hampir.  janji ditepati.
aku ingat lagi beberapa tahun yang lepas.
DepaRaya. Deepavali Raya.
hm. entah apa-apa. mengarut semua ini.

SALAM AIDILFITRI :)



.....................................................

 Aq tetarik dengan teguran yang diberikan oleh ustaz Zaharuddin.net :

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

Ini kerap terjadi apabila, jika dilihat dari budaya berlumba menamatkan puasa enam sambil menghebahkan kepada rakan-rakan tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'. Kita bimbang, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"


"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini. Status facebook yang menghebahkan puasa enam juga meningkat. Entah apa yang dikehendaki dari manusia agaknya, mugkin pujian ? atau dianggap soleh ? atau 'memberi contoh tauldan kepada orang lain'?

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan. 



BACA LANJUT 
http://www.zaharuddin.net/