Ramadhan semakin menghampiri ke garisan penamat.
Buat tahun 1433.
berlalu dengan begitu pantas.
Mungkin aku rasa begitu kerana padat dengan kelas,
hinggakan tidak terasa seperti tahun sebelum ini.
Aku merasakan Ramadhan kali ini,
seperti ada suatu keistimewaan. unik. hebat.
Alhamdulillah. Segala perintahNya dapat kita laksanakan.
Perjalanan Ramadhan kali ini,
banyak yang aku harungi di dalam kampus.
pergi kelas, berbuka puasa, solat terawih,
Itulah waktu rutin aku.
Bersyukur sangat apabila Allah
masih sayangkan kita dengan memberi peluang
untuk kita harungi Ramadhan.
Aku dapat lihat, bulan Ramadhan ini
ramai orang bertungkus lumus membuat amalan.
kawan-kawan aku sendiri semua bertungkus-lumus mencari
keredhaanNya.
hinggakan mencabar antara satu sama lain untuk
mengkhatamkan al-quran.
Aku harap
aku dapat bertemu dengan dikau lagi,
RAMADHAN :')
Dengan kerendahan hati, saya Muhammad Syarifuddin Umar
ingin memohon maaf kepada mereka
yang pernah saya singgung, marah, maki, blablablabla.
maaf ye. kitakan kawan :)
Akhir kata,
‘Taqabbalullah minna waminka’
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
----------------------------------------
menjadi insan yang soleh dan solehah menjadi idaman setiap orang.
sentiasa doa agar kita diantaranya :)