Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Monday, 18 June 2012

maghrib

Masa keanak-anakan dahulu, lambat balik rumah abah sudah tunggu di depan pintu.
VIPkan bukan? sampai rumah, kena rotan.
Maklumlah, dulu masa main dengan kawan-kawan, mana nak ingat dunia.
Sampai azan magrib barulah nak balik.

Pada satu hari ......

Masa kami sedang main bola, aku teragak untuk tanya abang-abang di padang.

"Abang, jam sekarang pukul berapa?"

"eh, kejar bola tu! nanti gol. berlari mengejar kejahatan."
 [tiru ayat boboiboy .he3]

ikut saja abang itu cakap. Mengejar dengan beribu persoalan yang tidak terjawab.
Selepas penat mengejar, aku pun bertanya lagi.

"abang abang. abang ni hensemlah. sekarang jam pukul berapa?"

"ouhh. abang sudah tahu. malu malu. hee. Sekejap ye

"blueekkkkkk!"

"cuba tengok matahari itu. masih terang lagi. em, cuba kau berdiri di situ.
kau nampak bayang-bayang ni? mengikut firasat abang, bayang-bayang
kau ni, abang rasa jam menunjukkan pukul 6.15 pm. Awal lagi ni."

"ouh yke. ok."

aku pun main dengan hati yang gembira lagi tenteram. 
main punya khusyuk,
sekali hujan pun turun dengan lebat membasahi bumi
dan aku terus mencapai basikal lalu memecut laju merentasi
jalan-jalan di bumi. 

Sampai di rumah, lihat jam 

7.15 !!!!

WatTheFish! Memang. Memang aku
tidak mahu tanya dengan abg itu lagi. beribu penyesalan.

dan tinggallah aku berduaan dengan abah kepada
kisah yg selanjutnya. hmm

----------------------------------------

Tapi itu semua, menjadi pengajaran kepada diri aku sendiri.
Agak setengah jam lagi nak azan magrib,
mesti akan balik rumah/kolej.

Buat persiapan solat magrib.
sebab...
syaitan akan berkeliaran bilamana waktu magrib.


“Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan"