30/06/2012.
Semalam, aku dan warga UiTM Segamat part 3
diwajibkan hadir modul.
yang bertemakan "Kepimpimpan dan Pengurusan Organisasi".
Ada yang datang secara terpaksa, redha dan pasrah.
Bagi aku, modul ni menarik.
Seronok kerana tidak bosan berbanding modul sebelum ini.
Dari pukul 8.00am-6.00pm.
semuanya terisi dengan agenda group discussion yang membincangkan
perihal satu persatu dari A sampailah Z.
Kami dilatih untuk membuat minit mesyuarat,
kertas kerja dan lastly, laporan.
juga memikirkan untuk membuat event dalam persatuan.
Kami diberi masa untuk membuat satu kertas kerja,
yang mana perlu membuat satu aktiviti luar daripada kampus.
Maksudnya, peringkat negeri/negara ataupun nak hebat lagi,
langkah sempadan, Antarabangsa.
Dari situlah kami berpura-pura menjadi seorang
profesional membincangkan agenda tersebut.
ini barisan kepimpinan saja-saja . cukupkan
korum
Modul ini banyak mengajar aku dari segi POLC.
Planning, Organizing, Leading and Controlling.
Bagaimana untuk menguruskan sesuatu persatuan/kelab.
Tapi tugas aku sememangnya mencabar.
Mengawal dan menguruskan mesyuarat.
agar berjalan dengan lancar.
agar berjalan dengan lancar.
Sebenarnya semua orang mempunyai tanggungjawab
dalam biro/lajnah/bahagian yang dipertanggungjawabkan.
dari pengerusi sampailah ahli.
tiada yang boleh curi tulang atau lari tanpa pengetahuan.
kerana setiap tanggungjawab yang dipikul adalah amanah.
Alhamdulillah , group aq memberikan kerjasama dan kotmitmen
yg cemerlang , gemilang dan terbilang . thanks guys !
-----------------------------------------
aku harap satu hari nanti,
aku mampu mendirikan sebuah studio.