Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Friday, 13 January 2012

Saat Lafaz Sakinah


Saat Lafaz Sakinah. Apa yang akan terlintas di benak pemikiran kita setelah mendengar tajuk ini. Mesti akan terbayang di fikiran kita, sebuah tajuk yang membincangkan tentang sebuah pencintaan yang akan berakhir dengan sebuah perkahwinan. ataupun menceritakan kasih sayang dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tapi semua andaian tersebut tidak tepat sama sekali.

                                                         APA ITU SAAT LAFAZ SAKINAH?

Isnin lepas, bersamaan 090112, Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin UiTM SEGAMAT telah menganjurkan sebuah ceramah bertajuk 'Saat Lafaz Sakinah' yang disampaikan oleh Ustaz Ann Wan Seng, setiausaha Agung Cina Muslim Malaysia. Sebenarnya, ceramah ini mengisahkan seorang mualaf yang menukar agamanya ke agama Islam. Mengisahkan saat-saat mereka yg memeluk agama Islam. betapa banyaknya halangan yang mereka perlu tempuhi. Oleh itu, ceramah ni tiada kaitan dengan cinta :)

Kita bersyukur kerana sejak lahir lagi, sudah menganut agama Islam dan digolongkan dalam kalangan umat Islam. Ibu bapa kita islam, saudara kita islam, orang-orang disekeliling kita islam. tapi adakah kita sedar, orang-orang diluar sana yang masih tercari-cari makna Islam. Masih terapung-terapung untuk mengetahui apa itu Islam. Adakah masa di akhirat nanti kita akan selamat sekiranya mereka akan cari kita, atas alasan kita tidak sampaikan dakwah islam kepada mereka? Sama sama kita fikirkan.


Banyak ilmu baru yang aku perolehi semasa ustaz berceramah. Ustaz tanpa segan silu menceritakan pengalaman dia sewaktu dia hendak memeluk agama Islam. Solat kena tunaikan secara sembunyi, puasa pada bulan Ramadhan senyap-senyap. Semua perkara yang berkaitan dengan Islam, akan dilakukan secara sorok-sorok. kerana keluarga ustaz tidak mengetahui yang ustaz sudah memeluk agama Islam. Kalau tidak, mesti kena marah. Silap-silap hari bulan, ustaz dipaksa menukar balik ke agama asal. Astaghfirullah.

Setiap perkara yang kita kena lakukan, mestilah ikhlas dan niat perlu bersih. Apabila kita peluk agama Islam, wajib untuk kita taat perintah Allah, ikut sunnah Rasulullah, buat yang ma`ruf, tinggalkan yang munkar, buat sesuatu amalan dengan bersungguh sungguh. Biar amalan yang kita buat sedikit, tapi bersungguh-sungguh dan istiqomah. Aku ingat lagi, sewaktu ustaz menceritakan pengalamannya ketika ayahnya meninggal dunia.

Tapi yang sedihnya, ayah ustaz mati dalam keadaan kafir. Tidak sempat untuk mengucap dua kalimah syahadah. dan persoalannya, perlukah ustaz menghadiri hari pegebumian ayah ustaz? Ustaz pergi. Ustaz yang menguruskan jenazah, memakaikan baju mayat, mengusung mayat ke tanah perkuburan. Tapi, ustaz tidak membuat perkara yg bertentangan dengan syarak Islam. Seperti meletakkan colok di atas kubur, membuat adat orang cina. Jika tidak, akan merosakkan akidah.

Hendak tekankan disini, walaupun orang yang sudah peluk agama Islam, tidak salah untuk menghadiri majlis seperti itu. Tapi perlu ingat! Jangan sampai yang melanggar syarak dan melanggar hukum ALLAH.
Ustaz  ada menegaskan, kita kena buat kerja dakwah ini. sampaikan dakwah Islam ini kepada semua orang.
Mereka masih terkapai-kapai diluar sana. Ini adalah tugas kita. Kita semua telah diberi amanah untuk laksanakannya. jangan sampai nanti orang kafir yang akan hantar kita ke neraka jahanam. Asbab tidak menyampaikan dakwah kepada mereka. Moga dijauhkan.

orang yang pergi haji, ALLAH taala menilik 10 kali untuk menghantarnya, Tapi, orang yang membuat kerja dakwah ini, ALLAH taala menilik 70 KALI untuk memilihnya. Sangat beruntung orang yang membuat kerja dakwah ini. In Shaa Allah




Alhamdulillah. diamanahkan utk membuat montaj ini dan berjaya
 menyiapkannya. 
terima kasih kepada ahli-ahli PERMAS yg membantu  

::selamat beramal::