Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Thursday, 19 January 2012

ISLAM dihatiku


Benar ke Islamophobia yang sering diperkatakan hari ini suatu yg benar atau direka? Ataupun ia menjadi satu permainan yang sengaja dicipta oleh pihak barat untuk menakutkan kita sebagai seorang Islam . Atau orang islam itu sendiri yang mewujudkan perkara ini? Benarkah wujud Islamophobia? 

Pernah dengar kisah tentang bangunan PWTC runtuh masa 11 september 2001? Masa itu aku darjah 2. Seusia itu, aku tidak faham mengapa orang ramai kecoh tentang bangunan setinggi itu runtuh. Apa yang penting sangat bangunan itu? Perlu ke untuk penduduk dunia mengetahuinya? Ataupun bangunan itu ada simpan harta karun? Sukar dibayangkan. Hairan, kerana bangunan itu menyebabkan pihak barat dan umat islam tidak kamcing.

Sekarang aku sudah meningkat remaja. Aku mulai tertarik untuk mengimbas perkara ini. Perkara yang pernah menjadi isu dan isu ini bukanlah suatu perkara yg remeh. Hal ini kerana melibatkan negara islam. Hinggakan orang barat memerangi negara orang islam. Iraq. Afghanistan. Adakah kita mengambil tahu perkara ini? Aku musykil, Orang barat sering mengatakan orang islam yg menyerang bangunan itu. Adakah orang islam jahat sehingga diaibkan sebegitu rupa? Sekiranya terjumpa orang islam yang berjambang, dikatakan orang itu terorist! Nauzubillah. Mereka mengatakan orang seperti itu adalah pengikut Osama Laden . Yang dikatakan oleh orang barat, Osamalah yang dalang bangunan itu runtuh. Masalahnya, benarkah Osama Laden wujud? 



Selepas beberapa tahun peristiwa itu berlaku, ura-ura berita mengatakan kapal terbang yang melanggar bangunan itu adalah propanganda yang sengaja dicipta oleh pihak barat. Kapal terbang itu sebenarnya tidak wujud. Dikatakan tiada sebarang CCTV yang boleh merakam bangunan barat itu. Hanya orang tertentu sahaja. Semestinya orang tersebut adalah dari puak mereka juga. Orang barat sengaja meng'edit' video tersebut meletakkan kapal terbang sebagai simbolik insiden bangunan itu. Walhal hanya suatu permainan untuk mengelirukan penduduk dunia! Ramai umat manusia terpedaya. Tetapi sejauh mana kebenarannya. Wallahua`alam. 

Kita boleh nampak dengan mata kita sendiri, sesungguhnya orang barat tidak akan senang dengan orang Islam. Mereka akan mempergunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan orang islam sehinggakan sanggup melukis muka dan wajah nabi! Perlukah kita hanya berdiam diri saja? Sanggupkah agama kita diperkotak-katikkan? Sanggupkah kita melihat orang yahudi dan nasrani memijak agama kita?

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al Baqarah: 120)

Dalam al-quran ada mengatakan bahawasanya pengakhiran dunia ini, umat islam akan menang dan menakluk dunia. Oleh itu, orang barat dan yahudi akan tunduk kepada orang islam. Kita semua tahu tentang perkara ini. Imam Mahdi dan Nabi Isa akan turun melawan musuh-musuh Allah. Tetapi, kita tidak tahu bila semua ini akan berlaku. Sekarang ini, Imam Mahdi dan Nabi Isa belum wujud lagi. Adakah kita hanya perlu menunggu dan merenung melihat Islam dimamah oleh orang barat dan yahudi sebelum datangnya mereka? Adakah kita mahu menjadi hamba dan mengikut pemerintahan org barat? Beringatlah. Umat islam itu kuat. Kita mampu utk mengalahkan mereka. Bagaimana caranya? Orang Islam itu sendiri perlu faham makna Islam. Jangan sampai orang barat mempermainkan agama kita. Tiada istilah ISLAMOPHOBIA dalam agama kita. WALLAHUA`LAM.



flyer di sepanjang kaki lima UiTM SEGAMAT




Alhamdulillah. Berjaya menyiapkan montaj ini dengan 
bantuan rakan-rakan.
Ceramah yang bertajuk ISLAMOPHOBIA ^_^


::maaf andai tersalah tulis. seorang yang sangat lemah::