Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu. agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu. jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu. agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalanMu. jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jgn biarkan aku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu.
Ya Muhaimin, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jgn biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu. Amin
Aku bersyukur sebab Allah sayangkan aku. Allah sayangkan dia. Allah sayangkan orang yang kuat hatinya utk membuat keputusan, yang pada mata kasarnya memang agak sukar, iaitu tidak mahu ade sebarang hubungan yang istimewa sama ada berkasih, berasmara, bercinta. Benar. Memang sukar. Tapi itulah harus dilakukan. Kadang-kadang kita fikir, mesti sudah tidak ada orang mahu sayang kita. Tidak! Bersyukurlah kerana diri mereka dijauhi daripada syaitan yg suka menghasut. untuk melakukan perkara.
Jangan risau. Mereka masih disayangi oleh Allah. Memandu ke arah landasan yg betul. Berpesan. Beringat.
Allah jauhkan aku dan dia daripada perkara maksiat. memang pedih untuk melepaskan seseorang. Tapi kalau kita melepaskan hukum Allah, lagi sedih bukan? kita kena percaya, bertemu dan berpisah kerana Allah. Mohon Allah jauhkan diri kita semua dari maksiat, sesungguhnya maksiat itu memuntahkan ilmu. Maksiat itu mematikan hati. maksiat itu? nauzubillah.
Jodoh tidak perlulah kita nak risau sangat. Tiba masanya ia akan datang menjemput. lelaki yg baik utk perempuan yg baik. perempuan yg baik utk lelaki yg baik. Tapi perlu kita ingat, kita kena berusaha utk mendapatkannya. Tapi sekarang belum waktunya lagi. Memang jodoh itu disembunyikan dari pengetahuan utk menguji ketaqwaan.
Berkawan.
Moga hidup kita dilimpahi dengan rahmatNya .
-----> korban lembu. korban unta. korban kambing biri-biri. tapi aku, korbankan... moga hati ini cekal utk berkekalan sehingga sampai waktunya nanti. In Shaa Allah. EIDUL ADHA! kullu am wa entum bikheir :)