ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين
Maksudnya: Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang2 mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah ,iaitu bagi mereka yg mempunyai kemampuan. Barangsiapa yg kufur(ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (x memerlukan sesuatupun) drpd pihak lain (alam).
ZULHIJJAH. Bulan haji. Menjadi impian bagi aku dan umat Islam yg lain untuk pergi ke kota paling suci, Mekah. Melengkapkan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk pergi ke sana andai tidak ada pengorbanan tenaga, masa, dan perbelanjaan. Menahan kemahuan nafsu juga kena jaga.
Kalau orang pergi haji ini Allah akan ampunkan dosa-dosa mereka? Dan menjadi bekalan yg tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia? Benar. Hal ini kerana mereka sanggup berkorban harta benda, wang dan jiwa raga
aku baru lepas register . 2042 . wow ! lama lagi. umur 48 tahun la jawabnya.
tidak mengapa. Allah pandang niat kita.
AWAS! Hendak pergi sana, kenalah persiapkan diri kita dahulu. Bagi mereka yang tidak tahu solat, kena belajar dahulu. kalau yang sudah tahu, perbaiki solatnya. Yang selalu dan suka buat benda mazmumah pula, kena tukar sikapnya dahulu. Kita seringkali mendengar cerita-cerita yang buruk yang berlaku kepada jemaah haji di sana. Minta dijauhkan kita diantaranya. In Shaa Allah, kalau kita berbuat baik, Allah akan memudahkan urusan kita. Bukan di dunia saja, akhirat pun sama. Menunaikan haji suatu yang indah :)
Recite talbiyyah : Labbayk, Allahumma Labbayk Labbayk La sharee ka Laka Labbayk Innal hamda Wan n'imata laka, Wal mulk,La shareek a lak .
Maksud: Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintahMu ya Allah . Tiada sekutu bagiMu dan kami insya-Allah memenuhi panggilanMu . Sesungguhnya segala pujian ,nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milikMu dan tidak ada sekutu bagiMu
Kita doakan agar kita dipilih oleh ALLAH untuk menjadi tetamuNya di sana ^_^