Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday, 19 November 2011

langkah hadapan.

Alhamdulillah. semester 2. Berjaya juga aku menamatkan sem 1. walaupun tidak berapa cemerlang keputusan exam sem lepas, tetapi aku bersyukur. sebabnya aku tiada paper yang repeat! Syukur sangat. Yang penting, jangan pandang ke belakang, banyak lagi cabaran dan halangan di depan sana. kena buat lagi terbaik lepas ini.

   
         Hendak bagi umi dengan abah aku tersenyum, dengan keputusan exam aku. Boleh Syarif! sebelum ini, sudah banyak aku kecewakan mereka. kalau tanya tentang result, mesti aku segan hendak bagitahu. sebab keputusannya cukup-cukup makan. ok! kena buktikan. Selepas ini, kena buat lagi terbaik bagi keputusannya terlebih makan. Yang lagi penting, akhirat jgn lupa. Teringat aku, umi abah selalu pesan, kalau pergi mana-mana sekalipun, solat kena jaga. kalau solat dapat jaga, jaga pula solat berjemaah. in Shaa Allah.

       Mustahil bagi seorang manusia tidak boleh berjaya. boleh punya! Kena usaha lebih. Kena rajin lebih, kena semangat lebih. dan ingat ALLAH. Tanamkan azam baru utk sem 2.

   Kita semua boleh. sebab .... Malaysia boleh! hee .