>> Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yg terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.
>> Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan. Telah ramai yg karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
>> Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yg berkekalan. Apa yg ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yg kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kpd Ilahi.
>> Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yg derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.
>> Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair :)