Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday 8 May 2016

Setiap hari itulah hari ibu



Banyak perkara yang dia belajar daripada uminya. Dari seorang manusia yang kosong, kini banyak perkara yang dia tahu. Semua ini perantaraan dari umi dan abahnya. Selepas mengadu di hadapan Allah, pasti dia akan cari umi untuk meluahkan.

Umi pernah cerita kepadanya. Pada waktu umurnya seawal 6 tahun, uminya membawa dia ke pasar. Membeli barang untuk keperluan di rumah. Ketika itu abahnya sedang outstation. Dia mengekori uminya ke mana sahaja. Datang seorang peniaga pergi ke uminya.  Sejuk perut maknya. Kecil-kecil sudah pakai kopiah InshaAllah, mesti besar akan jadi ustaz. Uminya tersenyum. Amin.

Kini, dia sudah besar. Allah sebaik perancang. Kadang dia tewas. Dia ingin istiqomah dalam kebaikan. Dia usaha untuk jadikan agama dalam kehidupannya.

Suatu hari nanti dia akan nikah dengan wanita pilihannya. Dan dia sesekali tidak akan melupakan uminya.

 Kerana syurga di bawah telapak kaki umi.