Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Friday 25 March 2016

Banaras tanah gersang epd4


Adanya keyakinan bahawasanya dengan melakukan kerja agama, Allah s.wt. akan hantarkan hambanya ke mana-mana. Hingga ke hujung dunia. Pergi negara jauh bukan kerana hartanya banyak, kerja yang hebat, kekuatan badan. Semua kerana apabila hamba itu ada keinginan. Saidina Umar al-Khattab memeluk islam asbab dia keinginan untuk mendengari ayat suci al-Quran dan memeluk Islam. 

Setinggi mana pangkat orang itu, perlu berpijak pada bumi yang nyata. Miqdad melihat ke daratan dari pandangan angkasa. Begitu kecil manusia. Kenapa perlu kita sombong kepada Allah. Sebaik-baik kejadian adalah penciptaan manusia. Dia membetulkan posisi badannya kembali. Dia ambil peluang untuk membaca yasin yang dihafal dan melakukan amal ifradi. Tidak lama lagi akan sampai ke tanah Hindi.



                  بِسْمِ اللهِ مَجْرَهَا وَمُرْسَهَآ اِنَّ رَبّىْ لَغَفُوْرٌرَّحِيْمٌ



Akhirnya.. 

Alhamdulillah! 

Pesawat selamat mendarat. Begitu juga Miqdad. Matanya kini terbuka luas. Melihat pandangan di luar. Adakah benar dia akan berada di sini sepanjang permusafiran. Cuacanya amat panas. Dimaklumkan, 45 darjah celcius! Benar, dia musafir pertengahan tahun dan ketika itu musim panas. Siapa sangka panasnya lain dari yang lain. Anginnya turut panas. Haba. Jika Miqdad musafir kerana dunia, pasti esoknya dia akan pulang ke Malaysia.

Miqdad perlu melepasi imgrisen untuk memasuki negara India. Kelihatan yang menjaga setiap kaunter semuanya pegawai non Muslim. Muka yang serius bermisai tebal. Melihat kami yang berpakaian sunnah seperti asing buat mereka lagi pula, foreigner yang datang. Jantung Miqdad berdegup lain macam. Giliran Miqdad untuk tunjukkan pasport dan visa. Banyak persoalan yang dikemukan. Tujuan, tempat penginapan, berapa hari di sini. Seakan pegawai tersebut tidak ingin melepaskannya. Miqdad diajar utuk berselawat dan sekiranya pegawai itu bertanyakan lebih, jawab sahaja i dont know. Pegawai itu, melepaskannya. Barangsiapa yang bantu agama Allah, Allah akan membantu mereka dan akan memperteguhkan kedudukan mereka.

Hari semakin gelap. Mereka perlu segera. Selepas bermesyurat untuk pergi ke Markaz Nizamudin, mereka bersetuju untuk menaiki van. Beberapa langkah untuk menyewa van, pemandu berebut-berebut menarik bagasi mereka. Sebenarnya, mereka bukan pemandu tetapi mereka adalah orang yang mencari upah untuk mengangkat bagasi setiap hari. 

Mereka mula meninggalkan airport New Delhi. Pemandu van itu memahami destinasi mereka. Cuma dia tidak berborak dek kerana berlainan bahasa. Bukan sombong. Sudah usaha untuk berborak tetapi gagal. Hanya mereka disajikan dengan pemandangan kota Delhi sepanjang menuju ke destinasi. Betul orang kata, penduduknya begitu padat. Kaya terus kaya. Miskin terus miskin. Begitu banyak rumah setinggan di sepanjang jalan. Hinggakan mereka membuat ampaian pakaian di tepi jalan besar. Suasana jalan raya yang begitu bising. Tidak sunyi dengan bunyi hon.

Dia tanya pada diri. Kenapa harus dia ke sana !

Ini semua pilihan dari Allah. Sekuat mana dia dapat tundukkan nafsu. Selagi itu iman akan bertambah.

Selepas hampir setengah jam, kakinya kini berdiri di hadapan markas Nizamuddin. Ternyata bukan sama sekali seperti masjid Nizamudddin di dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Ya Allah, betulkah ini.


Banyak korban banyak faham. Sikit korban sikit. Tidak korban tidak faham. Salah korban salah faham.

Semua baru bermula...



Banaras tanah gersang epd1

 

Banaras tanah gersang epd5