Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday 1 March 2016

Banaras tanah gersang epd3


Akhirnya. Masa yang ditunggu akan tiba. Dia yakin setiap langkah yang dilakukan. Pilihan dari yang maha Esa. Tinggalkan masa keseronokan seketika. Datanglah usia kamu dengan kebaikan.

Dia melihat jadual perjalanan kapal terbang. Dua jam lagi. Matanya meliar. Ramai manusia kelihatan sibuk. Mengejar waktu. Waktu yang kian suntuk. Manusia berlari sedangkan waktu juga berlari. Dunia begitu singkat. Selepas menyelesaikan urusan tiket dan barang, dia menuju ke surau airport untuk solat dhuha.

Selepas memberi salam, kelihatan anak muda yang sedang duduk. Sempat dia menyapa dan beriktihlat. Mereka bertaaruf dan menanyakan hendak ke mana. Apabila tahu miqdad hendak ke India, dia menyangka melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik. tetapi bukan.

Ya. Dia belajar. Belajar iman. Iman yang perlu diusahakan. Iman yang perlu diperbaiki. Belajar korban. Sejauh mana pengorbanan para anbiya dan sahabat.

             
Kapal terbang mulai terbang ke awan. Kakinya kini turut ke langit. Lima jam lagi akan jejak ke tanah hindi. Rabbi yassir wala tuassir.

Banyak korban banyak faham. Sikit korban sikit. Tidak korban tidak faham. Salah korban salah faham.

Semua baru bermula...


Banaras tanah gersang epd1

Banaras tanah gersang epd4