Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Monday 20 April 2015

Mereka lebih faham



Jika hari ini. Manusia ditakdirkan untuk membuat semua perkara tanpa tunjuk ajar dan garis panduan pasti akan tersesat. Mungkin jauh.


Fikiran kita berbanding mereka berbeza. 
Apatah lagi fikiran mereka terhadap kita.


Apabila merenung diri. muhasabah diri. Juga bertemu dengan orang alim. Aku temui perkara yang sangat mahal iaitu kelemahan. Aku tidak pasti sama ada perkara itu adalah diriku yang sebenar atau ujian yang Allah berikan kepadaku.

Selepas tamat pengajian, semestinya hamba seperti aku ingin mencari sesuatu yang memberi manfaat kepada diri, bangsa, agama, juga negara.

Perkara yang diperkatakan, dakwah. sambung belajar lagi. kerja. kahwin. Semua ini tidak dapat diselesaikan jika kita tidak bawa berbincang. Kerana itu, jangan pernah sesekali membelakangi ibu bapa sebelum membuat keputusan.

Benar orang alim kata, tidak rugi mereka yang bermesyuarat dan tidak menyesal mereka yang bersolat istikharah.


-------------------------------------------


"We get maried to increase our iman". Kata orang orang alim yang memikat hati aku.