Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday, 1 June 2014

Musnahkan kerenggangan. Hadirkan Ikatan.




Benar. Mereka bukan adik kandung aku.
Tetapi mereka seperti adik-adik aku.

Umur bukanlah pengahalang untuk kita berkawan sesama manusia.
Tiada istilah jurang perbezaan.
Yang muda harus disayangi.
Yang tua harus dihormati.

Masing-masing ada karakter yang berbeza.
Mungkin berjela jika aku tuliskan satu persatu karakter masing-masing.
Cukup resepi disatukan apabila berjumpa bersama.
Seorang yang suka mengusik. Melawak. Studyholic. Sentiasa senyum.

Aku bersyukur dikelilingi dengan orang yang baik.
Pada masa yang sama, kita juga akan berusaha untuk menjadi orang yang baik.
Seorang naqib perlu menjadi role model yang baik kepada adik usrah.
Agar mereka thiqoh dan respect kepada kita.
Bukan sujud kepada kita. Nauzubillah.

Ketika dalam usrah, perkara yang sangat ditekankan adalah muwasafat tarbiyah.

10 ciri peribadi muslim.

1. Akidah yang sejahtera

2. Ibadah yang sahih.

3. Akhlak yang mantap.

4. Luas pengetahuan.

5. Sihat tubuh badan.

6. Mampu berdikari.

7. Melawan nafsu.

8. Sangat menjaga masa.

9. Tersusun urusannya.

10. Bermanfaat pada orang lain. 

Untuk memiliki kesemuanya perlukan banyak cabaran.
Pokok pangkalnya adalah dari akidah.
Sekiranya akidah kita tidak mantap macam mana untuk melakukan perkara lain?

Aku selalu pesan kepada diri ini yang hina dan adik usrah.
Untuk hadirkan sifat kesefahaman dan ukhwah yang jitu perlu hadir solat jemaah.
Waktu kuliah tidak sama. Tetapi waktu solat semua sama.
Masa inilah untuk kita berkumpul. Berjumpa. Berjabat tangan.

Kita berjumpa tanpa mengenali antara satu sama lain.
Bermula dengan taaruf. Semua mengambil masa.
Hasilnya, wujud kasih sayang. 
Bertemu kerana Allah. Berpisah juga kerana Allah.

Perkara yang sentiasa akan disebut ketika berjumpa,
"Bang, nanti kita pergi sini nak..."

Satu persamaan antara kami adalah suka mengembara.
Musafir melihat kekuasaanNya.
Melilau dengan adanya objektif tidak salah.
Kerana perkara itu tidak sia-sia. 
Malah dapat ilmu yang memang tidak ada di dalam kelas.

Traveling. Backpacking.

Minat kami sama. 
Moga Allah Redha.
Doa Rabitah (tadah tangan)


bulatan barisan gembira.

Adik usrah yang cool : Haziq Fidaiy. Alif Satiman. Fauzi Muhidin. Faiz Ramli. Faizun Naim. Akmal Izzat.