Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday, 23 March 2014

Nikmat. Sambutlah dengan syukur.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Secanggih manapun kalkulator yang kita ada belum tentu mampu untuk kita mengiranya. Subhanallah.

Namun sahabat, untuk dapat nikmat tersebut bukan mudah macam itu sahaja. Macam-macam ujian dan dugaan yang perlu kita harungi dan tangani. Adakalanya kita berjaya melepasi ujian tersebut dan kemungkinan juga kita tewas.

Allah itu maha adil. Sejauh mana kita mampu bersabar dan sejauh mana kita mampu memanjatkan syukur, sebanyak itulah nikmat yang akan diganjarkan.

Firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud, "Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar. Dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur. Maka, nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari tuhan yang lain."

Dua nikmat yang nabi kata selalu manusia lupa apabila dapat iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang. Jadi, masa lapang yang kita ada, nikmatilah dengan sebaiknya dengan rasa penuh syukur.

Semoga bermanfaat.


nikmat sahabat