Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, 30 October 2013

Ouch! Tajam pemikiran


Di keheningan pagi yang indah sambil menunggu telur setengah masak....


Umi: Miqdad, nanti tolong umi belikan surat khabar Sinar Harian boleh?

Miqdad: Baca online la umi. Baru style. Tak perlu membazir duit beli surat khabar. (sambil tersenyum)

Umi: Dekat internet ada surat khabar?

Miqdad: Haha. Yela umi. Sekarang pelbagai maklumat senang dan mudah nak dapat dari penggunaan internet. Pejam mata saja.

Umi: Tak tahu pula umi. Surat khabar The Star ada juga kat internet?

Miqdad: Adalah umi. Nanti Miqdad tunjuk.

Umi: Pernah tak baca surat khabar tu?

Miqdad: Hehe.

Umi: Itulah. Lain kali gunakan internet dengan sebaiknya. Baru dapat kukuhkan bahasa Inggeris kamu tu. Ini tak.

Miqdad: Baiklah umi.

Umi: Nanti tolong print out kan umi surat khabar The Star.

Miqdad: Hah?

Umi: Kenapa? Pelik ke umi cakap.

Miqdad: Tak pernah dibuat orang la umi. Haha. Kalau macam tu lebih baik beli je. Nanti tebal semacam saja kalau print.

------------------------------------------------------------

Banyakkan membaca. Membaca mendidik diri menjadi seorang yang berpengetahuan dan matang pemikirannya.Generasi yang merdeka akan membaca pelbagai jenis buku untuk meluaskan pengetahuan dan mematangkan pemikiran.

Pemikiran yang matang melalui pengetahuan dan ilmu yang mampu menjana kematangan minda dan cara berfikir. Pembacaan dapat menjadikan individu cakna isu-isu dalam negara, luar negara dan apa jua isu setempat.

Sedikit sebanyak dapat memudahkan diri kita untuk memulakan perbualan dalam hidup seharian.