Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday, 2 February 2013

Barakallah


 Dan orang orang yang berkata: ” wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. ( Surah al-Furqan : 74 )


Alhamdulillah. 
Tak sampai sebulan lagi, Kak Yong akan melangsungkan perkahwinan.
Bersama lelaki pilihan hatinya.
Din. Abah. Umi. Adik-adik. Tumpang gembira.
Kami tidak mengharapkan apa-apa.
Selain mengharapkan Kak Yong menjadi isteri yang solehah ^^

Kepada Abang Faiz,
moga menjadi suami yang baik dan 
imam kepada keluarga juga masyarakat.

Saya wakil dari keluarga
menjemput sahabat handai, sanak saudara
untuk datang ke rumah kami (:




umi kata, design card ni abg Faiz buat. Simple but nice. 
nanti masa turn aku, aku pun nak design sendiri. wakaka



---------------------------------------------------

Persiapan untuk membina Bait Muslim merangkumi persiapan secara zahir dan batin, persiapan jasadiah, aqliah, rohaniah dan syu’uriah. Sudahkah bersedia? Persediaan tidak mestinya bersedia 100%, tetapi cukup dengan persediaan yang memadai. Persiapan yang memadai itu subjektif. Penilaiannya tergantung kepada kebijaksanaan kita. Baki persediaan yang belum siap disediakan boleh dibuat sepanjang jalan menuju hari pernikahan atau selepas pernikahan.

Persediaan dan pembaikan diri hendaklah dilakukan bukan bermula jauh sebelum hari pernikahan dan tamat di majlis akad nikah sahaja tetapi ia berlangsung dan tidak akan pernah berhenti hingga suatu noktah yang pasti iaitu mati. Cuma persediaan sebelum hari pernikahan perlulah lebih intensif untuk mencapai peratusan persediaan yang memadai.