Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday, 16 December 2012

Karnival KAMI (INTRO)




Bismillahirrahmanirrahim.

Persatuan Mahasiswa Masjid Asy-Syakirin (PERMAS) dari UiTM Segamat Johor merupakan sebuah persatuan Islam yang bergiat aktif dalam memberi kesedaran kepada warga kampus tentang keindahan Islam. 

Oleh itu, PERMAS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program yang dirancang khas bagi semua warga kampus UiTM Segamat .

Karnival Kami Anak Muda Islam(KAMI) merupakan program yang akan dianjurkan oleh PERMAS bagi melahirkan mahasiswa yang mahir dalam bidang ekonomi. Tema bagi karnival ini ialah "EKONOMI SEJAGAT". Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti forum, ceramah dan konsert.

Moga karnival ini dipermudahkan olehNya.

Wamakaru wamakarallah, wallahu khoirul makirin.

Semua dijemput hadir (:

-----------------------------------------------------------------------------

Bila karnival ini berlangsung? Dimana? Pukul berapa? Siapa yang datang? 

Nak kena bayar ke? 

In Shaa Allah. Akan diberitahu dari semasa ke semasa.
Yang penting, duit ptptn anda selamat. Tiada duit tiket  (: