membuatkan hati ini menjadi tenteram.
itu yang dapat aku rasa apabila
melangkah masuk ke Ribath Syeikhul Arifin, Melaka.
berbuka puasa bersama dengan mereka.
Aku sangat seronok dengan
persekitaran di Ribath ini.
Ribath ini boleh dikatakan sebuah madrasah
yang menggabungkan konsep pondok moden.
Mana tidaknya, semua adik-adik ini bermuka suci,
berpakaian jubah, berserban.
Ya ALLAH. Kau peliharalah mereka.
nama adik ini. bangNgah. memang banyak mulut. mesra.
lihat muka dia sahaja sudah tenang. aku terpegun apabila dia berqasidah dan bersajak.
merdu. sebak pun ada. fight fight dengan a.samad said :)
Aku sangat rindu
dengan suasana tersebut.
aku lebih terarah untuk mengetahui
apa yang mereka belajar disana.
rupanya mereka di sana belajar ilmu kitab.
susah sebenarnya hendak menghafal semua perkara
lebih lagi dalam bahasa arab.
dulu aku pernah masuk sekejap maahad pontian.
aku lihat senarai subjeknya.
20 subjek! mostly subjek dalam bahasa arab.
akademik campur dengan ilmu agama.
memang seharian akan duduk di hadapan kamus arab untuk menghafal =='
sebulan selepas itu , aku mendapat tawaran ke smkas.
bukan atas alasan tidak boleh bawa subjek tersebut, tapi semua ini perancangan ALLAH :)
SMKAS (SMKA Segamat)
'sekolah bumi tarbiyyah'
sekolah yang pernah aku duduki selama 5 tahun.
Semasa di sekolah menengah dahulu,
aku hanya dapat merasai nikmat tarbiyah sekejap sahaja.
kerana diri ini yang jahil.
Apabila mendapat gelaran senior, semua lupa.
Tidak mahu cakap sesiapa, tapi diri sendiri yang lemah.
Apabila melangkah ke alam universiti
semuanya bergantung kepada diri kita.
sama ada untuk meneruskan perjuangan tarbiyyah
yang sudah sebati dengan jiwa kita atau,
hanya terkubur di alam persekolahan.
TARBIYYAH. suatu proses didikan.
---------------------------------------------------
kami pergi ke sana atas anjuran dari kelab Siswa Bistari. kelab tersebut menjemput wakil dari empat persatuan Islam di UiTM Segamat untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.