Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Thursday, 19 July 2012

task 2


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi.
Assignment multimedia 
yang kedua sudah selesai.
yang bertemakan image / graphic.

En. Lezam menyuruh kami membat tugasan
bertemakan  poster movie.
dan inilah hasilnya.




"TELAH MASUK WAKTU BUKA"

Sinopsis :

Menceritakan seorang pemuda, Rozmi yang sering dicerca dan diherdik oleh rakyat jelata. 
Istimewanya, Rozmi mempunyai kepandaian yang sangat cerdas. Boleh mencipta benda diluar
pemikiran manusia. Setiap kali dia masuk pertandingan peringkat mukim, mesti dia akan menang.
Dia disanjung dan dipuji, tetapi hanya sementara. Selepas itu, dia akan dicerca dan diherdik 
kembali. kenapa? Menjadi persoalan. Ramadhan makin tiba. Semua orang berpusu-pusu 
membuat persiapan untuk puasa dan raya. Dalam orang sibuk-sibuk hendak membuat persiapan,
muncul sebuah Belon Panas yang singgah ke kampung mereka. hanya lalu. tidak mendarat.
Belon Panas itu akan hadir semasa waktu berbuka.  Tetapi rakyat jelata gembira kerana 
Belon Panas itu akan menabur makanan. Hotdog. Nasi Goreng Ayam. Char kue teow. 
dan lain-lain lagi. Percuma. Anehnya, tiada siapa yang mengetahui,
dalang Belon Panas tersebut. Rozmi bertekad untuk mengetahui dan berjaya mencipta beberapa 
alat untuk mengorek permasalahan tersebut. Semua persoalan akan terbongkar.
Teruskan menonton.

Coming soon.
(entah bila akan keluar movie ni . kui3)

aku melakar poster movie ini 
dan jalan cerita ini  atas maksud suka-suka.
sahaja ^^
----------------------------------------------

Puasa semakin hampir.
tak sabar  untuk menikmati kemanisan RAMADHAN kali ini :)
RAMADHAN KAREEM.