Suatu hari, Van Persie minta pendapat dari Lionel Messi, Ashley Young, Rooney tentang situasinya yang suka gilir-gilir dengan kawan bukan mahramnya kejutkan bangun tahajjud tiap malam.
Lionel Messi : Tak boleh SMS kejut tahajjud pada yang bukan mahram. Persis khalwat. Tak baik. Tak elok. Rosak hati, zina hati. Niat tak menghalalkan cara.
Ashley Young : Tak digalakkan SMS kejut tahajjud pada yang bukan pasangan. Kawan berlainan jantina, tak boleh. Kekasih kepada kekasih lagi tak boleh. Apa pun tak boleh. Senang cerita, set alarm kat henpon tu.
Rooney : Kejut-kejut tahajjud sesama berlainan jantina ni patut diharamkan terus. Ni bukan dakwah, ni nak menggatal semata-mata. Mana ada kejut-kejut tahajjud sesama bukan jantina dalam Islam. Timbulkan fitnah je semua ni. Dua orang bukan mahram, yang ketiga adalah syaitooooonnn!!
Van Persie : Tapi..tapii...tapi..kitorang cuma nak jadi baik..nak saling memperingati..nak harapkan kawan-kawan sejantina or adik beradik SMS kejutkan memang dorang tak sudi la. Kawan-kawan sejantina ni cakap je dakwah-dakwah, tapi nak kejutkan member sendiri jangan harapla. roomate sendiri pun kekadang tak peduli. Tade plak nak bergayut. Nak kejut-kejutkan je. Set alarm, tak bangun. tapi bila org miscall, SMS. bangun lak. Kenapa ye tak boleh lak.Lionel Messi, Ashley Young , Rooney : "Alasan je semua tu. Kami sebulat suara kata, hentikan! Fustopppp!"
Minggu depannya, keluar di muka depan paper:
"Seorang pelajar merajuk berpanjangan kerana Tak Boleh SMS Kejut Tahajjud."
Lionel Messi, Ashley Young , Rooney : "Bangang betul Van Persie ni! dulu suruh masuk kelas agama , pergi main snooker!"
-----
Moral: Ekstrim dalam menasihati, mad'u (yang didakwah) pasti jadi benci. Hati yang sedang terbuka akan terkunci kembali.
Fikir-fikirlah sendiri.
------
Hukum SMS bukan mahram oleh Ustaz Azhar Idrus :
1. SMS laki perempuan bukan mahram, hukumnya tak haram.
Yang haramnya adalah yang berkait dengan tu yakni apabila berkait dengan nafsu syahwat.
2. Ikhtilat muslimin muslimat melalui tepon sms. Sms ni sama macam surat.
- Surat: ada bait2 kata-kata yang memuji-memuja dsb: Hukumnya makruh.
- Apabila sampai tahap nafsu syahwat: Hukum menjadi haram.
Begitu juga SMS. kalau dulu surat, kita tak berkenan kita bakar. jika SMS, kalau kita tak suka kita boleh delete.
3. Apa yang kita boleh berbual dengan orang perempuan di luar telefon, maka dalam SMS lebih ringan hukumnya sebab kita tak nampak, tak dengar suara. Hanya menghantar tulisan-tulisan berbentuk huruf menterjemahkan maksud hati. Jadi, kalau kita cakap dengan perempuan di luar benda-benda harus adalah tidak haram.
Bila benda tu harus di luar, dalam SMS pun harus. Begitu juga kalau haram di luar, maka dalam SMS pun haram.
Kadang-kadang niat itu tidak menghalalkan cara.
Sama-sama cuba mengelakkan,
Lumrah bagi remaja macam kita ini untuk berkenalan dan
mengingatkan sesama insan yang lain.
fitrah seorang remaja.
::diri sendiri masih lemah::