Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Friday 9 December 2011

Menerima dengan hati terbuka


Manusia sukar hendak terima teguran? Benar? Sudah soal selidik? Agak pelik. Tapi itulah realitinya. Umpama air dimasukkan ke dalam cawan yang diterbalikkan. Air itu tidak akan setitik dan sesekali pun masuk ke dalam cawan tersebut.  Sama ada dipaksa atau disuruh. Malah akan tumpah dan jatuh ke tempat lain. Tidak ada kesan apa-apa yg akan terjadi. 

    Aku tertarik pada sebuah buku yg diterbitkan oleh saudara Hilal Ashraf. yang diberi tajuk "Batu-Bata Kehidupan". Congrats bro! Sebab berjaya terbitkan buku seperti ini. Syabas. Banyak ilmu yang memberi kesedaran dan motivasi seperti aku yang miskin pasal ilmu agama. Dan itu bukanlah satu halangan dan menjadi diri ini berusaha untuk mencarinya.

    Nak diceritakan, aku terbaca dengan sendirinya tentang bab, "TEGURAN". Sangat menarik. Sangat membuka mata aku untuk membacanya. Apabila satu teguran itu datang, akan ada TIGA jenis kumpulan.

PERTAMA. Kumpulan yang akan menerima teguran itu. Kalau mereka berada bukan di tempat salah pun, mereka akan mendengar teguran itu dan mengambil intipatinya.

KEDUA. Kumpulan yang tidak kisah langsung. Umpama tidak mendapat teguran sahaja gayanya. Dia tidak peduli pun teguran-teguran ini. penegur perlu kuat seandainya berada dalam situasi tersebut. janganlah makan hati. jangan terdetik untuk tidak akan terus menegurnya lagi. inilah medan yg besar utk berjihad. sabar. sabar. ingat ALLAH. Allah sahaja yang maha mangetahui   In Shaa Allah.

KETIGA. Kumpulan yang akan membaling teguran itu ke arah lain dan menyalahkan si penegur lain. Contohlah, seperti teguran diberikan kepada orang yang susah nak bangun solat subuh.

Pelaku :Alah kau ni. rilek arr. aku bukan sengaja pun nak tinggal.  da nama pun tak sengajakan. TIDAK SENGAJA. aku tak sedar. kau jangan risau. kubur masing-masing. don`t worry ok ? aku aku . kau kau. 

Penegur : Senanglah kau cakap sekarang. Nanti kat akhirat, mulalah kau cari aku dan kau nak salahkan aku. kau cakap, aku yang tak penah kejut bangun subuh. padahal aku da pijak pijak secara lembut, siram air, terbalikkan katil kau. tapi kau susah juga nak bangun. memanglah kubur masing masing, tapi andai kata kalau kubur aku sebelah kubur kau, tempias azab kubur kau kat aku . aku sayang kau. dan nak sama sama bangun solat subuh. In Shaa Allah. 

Pelaku : sebenarya aku ... aku .. aku ... tu hah. kau tegurlah Zainal tu. blablablabla ....


PERINGATAN ITU BAIK UNTUK MUKMIN. Allah menggesa orang-orang yang beriman untuk sentiasa menyebarkan peringatan. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, selagi mana caranya masih berada dalam lingkungan syarak.

ALLAH berfirman : 
       Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang yg beriman . (Adz-Dzariyat 51:55)

memberi teguran seperti ni,  tidak sewajarnya berlaku.  tidak masuk akal. membuatkan penerima teguran  tidak boleh menerimanya. tersentak. terkejut. Barangkali mereka akan pergi menjauhkan diri. memberi teguran secara berhemah. bijak bila menegur.

Kita sepatutnya terbuka untuk menerima teguran. Baik sepahit mana sekalipun. Teguran itu mematangkan diri kita. Jadikan teguran itu sebagai satu penambahbaikan utk diri kita. Jika kita orang yg beriman, setiap teguran pasti mempunyai manfaatnya. Nasihat untuk diri ini juga. In Shaa Allah :)


siapapun yang menerima teguran,
menimbulkan perasaan tidak enak dalam hati.
Kalau kita mendapat teguran dari siapapun
jangan buru-buru merespons dengan sikap negative (marah),
kadang teguran itu justru sangat berguna.
apakah anda siap menerima teguran?