Firman Allah s.w.t :
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )
Terasa teruja aku nak kongsi certia tentang solat dhuha :) Ramai dalam kalangan kita yang sudah tahu tentang solat dhuha. Tapi malangnya ambil endah tak endah saja. Termasuklah diri aku ini. Ada apa dengan SOLAT DHUHA ye?
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tengah-tengah langit (kira-kira jam 12). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Tapi. Mampu kah kita ?
Dari segi pembacaan, tiada wajib membaca surah-surah tertentu. Cuma kebiasaan yg dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi ataupun surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha ataupun surah Al-Ikhlas. Insya-Allah, tak susah untuk kita lakukan :)
kawan aku yang post video ini. Alhamdulillah,
aku berjaya menghafal doa dhuha :)

"Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah .Jika masih jauh dekatkanlah Berkat waktu dhuha ,keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh."
Diriwayatkan oleh Tarmizi , Nabi saw bersabda : Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin , maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan .
Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat .