Bismillahirrahmanirrahim. Terasa kekok bila diri yang kosong ini mendekatkan diri dengan dunia blog. Bukanlah seorang yang byk ilmu, tetapi sekadar untuk berkongsi dan menzahirkan ilmu yang ada. Hadirin sekalian. Menjadikan diri seorang yang sering mengingatkan orang lain tidak rugi. Malah dituntut oleh Islam. Mengingatkan ke arah kebenaran.
"Sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat".
Tidak susah untuk kita berbuat demikian. Setiap dari kita adalah seorang khalifah di muka bumi Allah dan memikul tanggungjawab utk sebarkan kebenaran dan menghalang kebatilan. Kita punya Islam. Jangan sampai satu masa orang bukan Islam yang tegur kita asbab tiada daie di muka bumi. Kita semua ada lesen untuk mengingatkan diri dan orang lain. In Shaa Allah. Pemuda harapan agama :)
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan ."
-Hassan Al Basri-